Shaheizy Sam sebagai teraju utama sambil dibantu Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Eira Syazira. Turut berlakon ialah Hamdan Ramli, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Ruzaidi Abdul Rahman dan pelakon kanan-kanak, Farisya Fatin. Ngangkung membawa kisah seorang pemandu lori bernama Azim yang hidup serba sederhana bersama isteri dan anaknya. Terpengaruh dengan sahabatnya bernama Tasnim dan Wan yang sememangnya kaki nombor ekor. Akhirnya Azim terikut-ikut perangai kaki nombor ekor Tasnim dan Wan sampai sanggup berjumpa bomoh dan melakukan aktiviti ngangkung bagi mendapatkan nombor ekor. Di situlah bermulanya kejadian seram bercampur lucu. Sebuah filem yang membawa masej, memuja nombor ekor sangat tak elok dan syirik di sisi agama. Berdosa besar tau..
Sekarang ni agaknya memang musim pengarah buat filem seram campur kelakar kot. Filem ke 2 adalah filem..
Ini merupakan sekuel Zombie Kampung Pisang tapi kali ini tiada zombie. Masih mengekalkan pelakon yang sama namun lawaknya better dari yang dulu. Senang ceritalah, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah filem komedi yang jujur. Nawaitu filem ini, mahu kita terhibur bila menontonnya dan sejujurnya aku memang terhibur sangat. Lawak yang ditampilkan sangat dekat dengan kita. Malah dalam tidak sedar, ada masej tersembunyi yang ingin disampaikan oleh sutradaranya. Mesej menyindir suasana dalaman politik, mesej menyindir masyarakat kita yang lebih mengenali Nang Nak daripada hantu kita, Mesej menyindir orang kita yang mengabaikan orang tua mereka dan bermacam mesej lagi. Wahahaha.. jangan ingat ini sekadar filem untuk gelak-gelak sahaja.
Husin pulang ke Kampung Pisang setelah 2tahun membanting tulang di Singapura. Kepulangannya ke kampung adalah menunjukkan yang dia sudah berjaya sambil menaiki motor Harley Davidson malah mahu claim kembali tunangannya, Che Nin yang ditinggalkan tanpa khabar berita. Namun, kepulangan Husin bukan saja mendapat maki hamun Pak jabit (bapa Che Nin) malah masalah baru timbul apabila kampungnya diganggu oleh Hantu Kak Limah. Aku suka scene setiap kali terjumpa hantu Kak Limah, pasti semua orang kampung berlari sampai tak cukup tanah. Yang lumpuh kaki pun boleh berlari sambil angkat kerusi roda.
2 comments:
yeah! akhirnya aku berjaya tengok hantu kak limah~!! hahaha, mmg ending lawak lambok btol! tensen aku! hahaha. sangat berbaloi tengok citer tu, sepanjang cerita gelak je. cooooool~!!!
Bagi aku ini la filem paling Melayu paling kelakar untuk tahun 2010 ni (^_^)
Post a Comment