Friday, December 24, 2010

Pesta Buku Kanak-Kanak



Yup! Pesta Buku Kanak-Kanak sedang berlangsung di PWTC bermula dari 22 hingga 26Disember ini. Kepada adik-adik semua, ajak mak, abah, abang, kakak, pak cik, makcik, atuk, nenek datang ke pesta buku kanak-kanak yang merupakan julung-julung kali diadakan di Malaysia mahupun di dunia.

Aku ada terlibat dengan aktiviti mempromosikan Komik-M. Tapi aktiviti tu dah lepas iaitu pada hari pertama Pesta Buku Kanak-kanak. So aku just melaporkan apa yang telah berlaku ketika itu. Antara pelukis komik yang terlibat selain aku adalah Bop (Ultra Qalif), Froggy (Babap Boi), Reja (Shootz!) dan Jas (Meon). Di bantu pengacara yang bercakap ala-ala DJ Isma Halil Hamzah kerana kepekatan jawa dalam percakapan mereka, Alhamdulillah aktiviti bersama pelukis komik-M berjaya dijalankan dengan sukses. Cuma aku je yang kantoi bila ditanya beberapa soalan. Otak aku jadi blur bila Faizal Mukhtar hulur mikrofon kat aku. Hohoho.. Terasa diri sangat loser ketika itu.

Akhir kata besarlah harapan aku agar korang semua luangkan sedikit masa berkunjung ke Pesta Buku Kanak-Kanak yang menyajikan berbagai buku untuk bacaan dari peringkat bayi hingga ke peringkat warga emas. Lebih best kalau korang dapatkan title-title Komik-M yang nak mencecah 100 buah. Ini merupakan waktu membeli buku yang bagus sebab ada diskaun dan korang juga boleh bermesra-mesra dengan penulis dan pelukis.

Monday, December 13, 2010

Tonton Filem Melayu Secara Marathon

Sudah lama tidak menonton filem tempatan di panggung wayang. Selalu sangat tengok filem import pun tak baik untuk kesihatan badan dan minda. Hujung weekend lepas setelah sekian lama planning dengan sayang aku, kami berdua ambil keputusan menonton wayang filem tempatan secara marathon. Filemnya ialah..

Shaheizy Sam sebagai teraju utama sambil dibantu Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Eira Syazira. Turut berlakon ialah Hamdan Ramli, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Ruzaidi Abdul Rahman dan pelakon kanan-kanak, Farisya Fatin. Ngangkung membawa kisah seorang pemandu lori bernama Azim yang hidup serba sederhana bersama isteri dan anaknya. Terpengaruh dengan sahabatnya bernama Tasnim dan Wan yang sememangnya kaki nombor ekor. Akhirnya Azim terikut-ikut perangai kaki nombor ekor Tasnim dan Wan sampai sanggup berjumpa bomoh dan melakukan aktiviti ngangkung bagi mendapatkan nombor ekor. Di situlah bermulanya kejadian seram bercampur lucu. Sebuah filem yang membawa masej, memuja nombor ekor sangat tak elok dan syirik di sisi agama. Berdosa besar tau..

Sekarang ni agaknya memang musim pengarah buat filem seram campur kelakar kot. Filem ke 2 adalah filem..

Ini merupakan sekuel Zombie Kampung Pisang tapi kali ini tiada zombie. Masih mengekalkan pelakon yang sama namun lawaknya better dari yang dulu. Senang ceritalah, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah filem komedi yang jujur. Nawaitu filem ini, mahu kita terhibur bila menontonnya dan sejujurnya aku memang terhibur sangat. Lawak yang ditampilkan sangat dekat dengan kita. Malah dalam tidak sedar, ada masej tersembunyi yang ingin disampaikan oleh sutradaranya. Mesej menyindir suasana dalaman politik, mesej menyindir masyarakat kita yang lebih mengenali Nang Nak daripada hantu kita, Mesej menyindir orang kita yang mengabaikan orang tua mereka dan bermacam mesej lagi. Wahahaha.. jangan ingat ini sekadar filem untuk gelak-gelak sahaja.

Husin pulang ke Kampung Pisang setelah 2tahun membanting tulang di Singapura. Kepulangannya ke kampung adalah menunjukkan yang dia sudah berjaya sambil menaiki motor Harley Davidson malah mahu claim kembali tunangannya, Che Nin yang ditinggalkan tanpa khabar berita. Namun, kepulangan Husin bukan saja mendapat maki hamun Pak jabit (bapa Che Nin) malah masalah baru timbul apabila kampungnya diganggu oleh Hantu Kak Limah. Aku suka scene setiap kali terjumpa hantu Kak Limah, pasti semua orang kampung berlari sampai tak cukup tanah. Yang lumpuh kaki pun boleh berlari sambil angkat kerusi roda.

Kesimpulannya aku seronok menonton kedua-dua filem ini. Dan target aku lepas ini mahu menonton filem Tron Legacy. So, terimalah fan art lukisan aku bertajuk Kecemprengman versi TRON LEGACY. Layannn..

Monday, December 6, 2010

Jemputan Walimatul Urus

Memang dah standart bulan Disember dan musim cuti sekolah ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Tiap-tiap minggu ada saja kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Ada kalanya dalam sehari tu sampai 3 atau 4 jemputan yang terpaksa dihadiri. Kalau tak datang nanti tuan empunya majlis kecik hati pulak. Nanti bila berjumpa mulalah bermasam-masam muka.

Aku pun tak terkecuali diundang ke majlis perkahwinan dalam bulan Disember ini. Minggu lepas aku berkesempatan bertandang ke Kuantan, Pahang menghadiri Majlis Perkahwinan Kekanda kepada Emi Mli. Selamat pengantin baru Ahmad Razif bersama pasangannya Norsaliza. Semoga bahagia hingga ke anak cucu. Agaknya bila la adiknya nak menamatkan zaman anak daranya pula.. Wahahaha..

Sebenarnya aku pun dah banyak kali ditanya bila nak mengakhiri zaman bujang senang (ada kalanya bujang susah) aku ni.. Bila nak menempuh alam berumahtangga.. Bila lagi nak menimang baby.. Wahahaha.. Buat korang semua yang teringin nak tengok aku pakai baju pengantin. Sila tengok gambar di bawah. Agaknya macam ni la rupa aku pakai baju pengantin nanti. Heh..

Eh! tak lupa juga ucapan selamat pengantin baru buat Along Nizam (abang kepada Nazim Mat Nor) bersama pasangannya Nazzatul Azleen.

Friday, December 3, 2010

Aset

Aku tidaklah sekaya Bill Gates (Chairman Microsoft) yang ada aset bernilai US$54Billion. Duit gaji tiap-tiap bulan setakat cukup menampung perbelanjaan hidup diri sendiri (Kadang-kadang pun boleh jadi tak cukup). Wahahaha.. Aku memang Loser dalam bab-bab menguruskan kewangan sendiri walaupun aku dulu pernah berkerja di account department yang menguruskan perbelanjaan berjuta-juta ringgit malaysia.

Dengan gaji yang cukup-cukup makan itu, mampu jugalah aku membeli beberapa aset. Kereta adalah aset terbesar yang mampu dimiliki setakat ini. Walaupun dalam hati teringin juga membeli sebuah rumah, namun apakan daya. Jikalau aku teruskan niat suci itu, nescaya perbelanjaan bulanan aku akan mengalami inflasi yang terteruk dalam sejarah pengurusan kewangan di dunia ini.

Lagi satu aset aku mampu miliki ialah hand phone yang dibeli dengan harga RM600. Walaupun ianya bukan berjenama iPhone mahupun Blackberry yang super canggih, aku tetap sayang hand phone itu. Warnanya yang serba pink membuatkan hatiku damai setiap kali melihatnya.. Walaupun ianya sudah berusia lebih 3tahun dan button keypadnya sudah tidak sedap dipicit (masalah kalau nak menaip sms laju-laju), ia masih menjadi pujaan hatiku.

Sebenarnya siang tadi aku secara tidak sengaja terjatuhkan hand phone itu. Perasaan aku ketika itu sama seperti perasaan dipijak seekor raksasa dalam cerita Ultraman. Nasib baik Hand phone itu tidak rosak. Kalau rosak, sudah tentu kena keluar duit beli hand phone baru.