Wednesday, August 10, 2011

Klinik Gigi

Semalam buat pertama kali dalam sejarah hidup merelakan diri (rela dalam paksa) pergi ke klinik gigi sebab dah tak tertanggung menahan derita gusi bengkak. Sebenarnya aku takut nak pergi klinik gigi. Selama ini bila ada orang yang sakit gigi, selamba badak air je aku sound suruh pergi klinik gigi tapi kali ini baru aku tahu perasaan bila nak pergi klinik gigi. Sebenarnya ada banyak klinik gigi di Shah Alam ni. Ada Klinik Gigi Ismail, Klinik Gigi Monomani dan Rakan-rakan, Klinik Gigi Mazlan dan lain-lain. Tapi aku pilih Klinik Gigi Aliya sebab Kalau doktor gigi lelaki, tentu rasa sakit kerana mereka kasar. Kalau doktor gigi perempuan, tentu kurang rasa sakit sebab perempuan kan lemah lembut. Wahahaha..




Aku lah first customer Klinik Gigi Aliya semalam. Doktor Aliya maklumkan pada aku bahawa gusi yang bengkak itu sebenarnya berpunca dari jangkitan kuman. Anyway semua gigi aku masih kukuh dan tak berlubang. Cuma dia syorkan aku jalani proses cuci gigi (scaling gigi). Aku pun tak tahu apa benda cuci gigi ni. Agaknya macam cuci kereta kot.

Dengan eksennya aku pun bersetuju untuk melakukan 'cuci gigi'. Hampir 1jam jugaklah Doktor Aliya men 'cuci gigi' aku. Sepanjang waktu tu jugalah aku rasa gigi aku macam digerudi. Rasa nak menangis pun ada sebab gusi dah sedia bengkak, lepas tu macam kena gerudi pulak. Memang kenangan tak berapa nak indah la time tu. Dapat ubat antibiotik 2jenis, ubat tahan sakit, ubat kumur sebotol campur upah cuci gigi, melayang RM 82. Tapi Alhamdulillah lepas pergi Klinik gigi, bengkak gusi aku pun makin surut dan dah tak rasa nak demam lagi.

So malam ni boleh kembali melakukan kerja-kerja melukis semula. Yiba.. yiba.. andre.. andre! (^_^)

5 comments:

eMi mLi said...

Dalam setahun, kita kena jumpa doktor gigi 2 kali aje, 6 bulan sekali :p

Poyo said...

Baiklah doktor Emi (^_^)

azhar said...

saya sudah hilang 4 geraham belakang..2 atas..2 bawah..

kesemua kesakitan telah saya meronta menangis berpusing seksanya saya lalui..

gusi bengkak, canal root, nanah jangkitan,, geraham retak aDUHHHHH seksa azabnya tuhan yg tahu..

saya memahami apa yg di lalui oleh poyo..

dan kita hanya mengharap mendapat tempias populariti rakan pekomik Komik M yg memuncak naik hebatnya dalam iKLan gangster..

siapalah kita ini Jeff?...
sebak rasanya...

Poyo said...

Huhuhu.. Lagi sekali tuan membuat saya menitiskan air mata. saya doakan tuan menjadi popular dan akan berlakon dalam iKLan yang lebih heibat dari iKLan Gangster. (^_^)

Selamat berpuasa Tuan Azhar..

gusi said...

Salam bro, mintak jasa baik bagitau lokasi klinik alya ni kat seksyen berapa ye? terima kasih.xtahan sakit gusi.