Saturday, December 10, 2011

Lalalala.. Hari-Hari Kerja..

Ketika masih bekerja di tempat lama dulu, Disember adalah bulan yang sangat banyak kerja harus dibuat. Malah cuti juga dibekukan. Itulah situasi kalau bekerja di account dept. Nak tutup akaun la, mohon peruntukan tambahan la, penyata hasil la dan macam-macam lagi. Kadang-kala terpaksa berkampung atau berumah teres setinggan di opis untuk menyiapkan kerja-kerja yang berlambak. Selepas terima tawaran jawatan baru yang totaly tiada kaitan dengan urusan-urusan kewangan, hati sangat 'gumbira' kerana berpendapat bulan Disember bagi tahun-tahun mendatang bukan lagi bulan untuk berkerja keras. Boleh bersenang-lenang sambil menghabiskan cuti yang masih ada.


Tetapi aku tersilap sebenarnya, bekerja di tempat baru ini pun situasinya hampir sama macam tempat kerja lama. Makin nak 31hb Disember, makin berlambak-lambak kerja yang datang. Nak bercuti juga tidak boleh. Terpaksalah siapkan kerja sambil nyanyi lagi 'Lalalala.. hari-hari kerja'.


Bestnya orang itu sedang bercuti-cuti di bandar yang banyak sejarah. Hehehehe...

2 comments:

Boneka Tak Sakit said...

aku pown dulu pernah lalui hidup kerja penuh extrem!!!!! *over lak akn.
mng terlayan la lagu lala. kerja tu ;p

azhar said...

wahh kerja di mana sekarang abang Poyo..

bila la kita nak mengeteh lagi...