Friday, December 16, 2011

Novel

Sejak akhir-akhir ini, akak-akak dan makcik-makcik yang kerja satu opis dengan aku bagai terkena santau angin asyik bercerita tentang filem Ombak Rindu (OR) adaptasi novel nukilan Fauziah Ashari. Novel OR yang diterbitkan sekitar tahun 2002 telah diangkat oleh Osman Ali selaku pengarah hingga mencatat kutipan juta-jutaan di pawagam malah berjaya menumpahkan bergelen-gelen air mata wanita (malah ada juga air mata lelaki) yang menonton filem OR ini. Sememangnya ia telah mencetuskan fenomena dalam industri novel tempatan. Firasat aku selepas ini akan banyak lagi novel-novel yang bakal diterjemahkan ke bentuk filem. Walaupun kutipan tayangan OR pecah panggung, aku bukanlah salah seorang penyumbang angka kutipan itu. Hehehehe.. OR bukan taste aku walaupun heroinnya Maya Karin (^_^)

Serius cakap la kan.. aku sememangnya bukan pembaca novel yang tegar. Paling heibat pun aku cuma boleh baca sesebuah novel sampai page ke3 sahaja. Selepas tu aku terus terlentuk tidur. Inilah penyakit aku sejak belasan tahun hingga sekarang. Namun tahun ini sebuah novel telah berjaya merawat penyakit itu.


Ya.. Inilah Novelnya. Janji Julia (JJ) hasil tulisan Maria Kajiwa. Kenapa aku boleh hadam membaca isi novel ini dari awal cerita sampai ke akhir? Kerana membaca JJ ibarat menonton sebuah filem thriller buatan Malaysia yang langsung tidak membuatkan aku rasa mengantuk . Suspennya disusun teratur hingga ke klimaks cerita dan diakhiri dengan pendaratan emosi yang puas malah disokong dengan penyampaian secara santai dan sifar kesalahan ejaan (good job editor novel JJ). Inilah first time aku merasai betapa bestnya membaca novel. Aku dapat bayangkan kalaulah Novel JJ diadaptasikan ke filem seperti Novel OR, tentu sesuatu yang heibat.. Terutama scene puluhan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan diserang hendap pasukan tentera pemberontak No-Mondus. Akan ada aksi letupan, kereta terbakar, mayat terburai bergelimpangan. Namun persoalannya, ada tak mana-mana produser filem yang sanggup melabur bajet besar merealisasikan 'live action' novel ini?. Usah risau, masih banyak lagi judul novel-novel cinta jiwang di luar sana yang boleh diangkat menjadi filem (^_^)


Sehingga kini aku masih mencari novel kedua selepas JJ yang boleh aku hadam isi kandungnya namun belum diketemukan lagi. Malah ada satu persoalan yang bermain di benak fikiran ini, adakah akan ada komik tempatan yang bakal di 'live action' kan? Ah! aku tidak mahu berfikir banyak sangat. Takut kepala penuh uban nanti. wahahahahehehe..

1 comment:

Twinny Brat said...

lor~ aku pun x mnt...best sgt ke story die? even heroinnye mya yg aku suka.. tapi aaron aziz..no..terfikir gak aku, x de novel thriller yg diadaptasikan? bkn pe, asyik2 novel romance.. baca gak kekdg romance ni, tpi x lma.. awal-tgh-akhir..ada bc ramlee awang mursyd punya novel? col~ thriller n cinta dia mmg cun~
betul gak..komik pun x de adap.. x berani kt industri filem kita nk buat.