Saturday, October 31, 2009

Aku Bagai Berada Dalam Perut Ikan Paus

Minggu ini aku mengharungi hari-hari yang sungguh suram. Aku berasa aku bagai berada di dalam perut seekor ikan paus. Itu lah contoh perumpamaan (kepada Encik Karam Singh Walia, kamu boleh guna perumpamaan ciptaan saya ini dalam laporan berita kamu nanti ya!) yang boleh aku gambarkan tentang betapa boringnya hidup aku minggu ini. Ditambah dengan tahap kesihatan yang tidak menentu. Entah bomoh mana yang hantar penyakit demam pada aku. Huhuhu..

Dalam demam-demam tu aku dihantar mengikuti sebuah kursus oleh majikan aku. Kursusnya cukup memboringkan. Penceramahnya pula suka berceramah yang bukan-bukan tak kena mengena langsung dengan tajuk kursus yang diadakan. Itulah kisah hidup aku yang boring pada hujung bulan oktober ini. Tapi bagi member aku yang bernama Reja dan Irfan, mereka tentu happy melalui hari-hari terakhir dalam bulan Oktober ini.

Ni sambungan ke 2 komik Shootz! karya Reja. Cergas gile mamat ni lukis komik. Dia bela hantu Raya kot. Tu yang cepat je dia melukis, aku bela kucing je. Wahahahaha.. Aku dah baca komik yang pertama so sure aku akan beli komik beliau yang #2 ni. Korang semua pun jangan la segan nak beli dan baca komik ni bila dah masuk kat pasaran awal bulan november ni nanti tau.

Yeah! Cayalah Irfan (Foner), dengan cemerlang komik kamu akan publish awal bulan november ni. Cover komik pun terserlah mantap. Tapi aku risau jugak cover ni akan mendatangkan kesan buruk kepada minda kanak-kanak. Takut ada yang tiru aksi smash bola sepak. Pape pun, permulaan yang terbaik untuk bulan november ni bagi memeriahkan industri Komik Malaysia. Chaiyok.. chaiyok.. Kejap yek, aku nak sambung balik layan perasaan boring seperti perumpamaan bagai berada dalam perut ikan paus. Huhuhu..

8 comments:

imHepPie said...

besh pe dok dlm prut ikan paus xyah pukir exam haha

imHepPie said...

pikir salah taip haha

Irfan F-one-R said...

cover tuh idea wanzu dan alif kot.. bukan idea aku.. hohoho..

told la hejauw said...

ko wat komiK??
ooh ak terkagum.. :)

faizul darius said...

huyooo cantiknya cover komik, bagila, percuma satu

eMi mLi said...

ko ni faizul, asyik mintak buku free kat org je tp ko Xde lak nk bg buku free kat org :p

Aman Wan said...

boring aku hilang bile dpt tau komik-m nk kuar komik baru. yeah~! lebih2 komik si bdk irfan nih. hehe.

hilang kempunn nk baca komik balik. tapi... tapii... aku masih kempunan kat kecemprengman #3....

huhu..saper nk tulung~

Poyo said...

imheppie
Betul.. Betul.. Belum ada orang dalam dunia yang jawab exam dalam perut ikan paus (^_^)

irfan
Nanti kalau kamu jumpa dengan Wanzu sama Alif, Sila buat isyarat tangan tanda best pada mereka untuk aku tau. (^_^)

told la hejauw
jangan la kagum sangat. Buat macam biasa2 je. You are my Prennn.. (^_^)

faizul
bagi percuma? gi la tanya kat tuan empunya diri yang lukis komik tu

emi cyg
Faizul ada bagi buku free. Dia bagi kat TTUUUT!! Siap hantar pakai pos laju lagi. Wahahaha... Memang laju la buku tu sampai.

aman
Aku akan pastikan ko tak kempunan sangat sampai sanggup menyerah nyawa di hadapan batu belah batu bertangkup.