Sinopsisnya..
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.
Aku tahu filem ini penuh dengan lawak jenaka dan gelak ketawa tapi aku tak faham kenapa bila nak sampai ending filem ni, kornea bijik mata aku boleh termengalirkan air mata. Lebih-lebih lagi bila part tayangan filem pendek arahan Maisara tentang ayahnya. Anyway Tahniah Afdlin sebab berjaya hasilkan filem yang hebat dengan bajet yang terhad. Aku tak rasa rugi langsung keluar duit tengok Papadom kamu.
Dan tahniah juga kepada kamu Afdlin kerana kamu juga berjaya membuatkan sayang aku secara live buat julung-julung kalinya dapat tengok aku menangis kat sebelah dia masa tonton Papadom kamu. Damn!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
lol.. kiut ye nganges huhuhu best sgt2 ke?! tak paham la takde pown kaitan dgn pokodum tu!!!
hurm,,
apsal la aku je yg x penah tgk lgi cam ketinggalan zaman je...
hari tu aku layan cerita ninja...
ntah2 nanti ko pun jadi mcm saadom :p
Boneka,
Nangis ala-ala baby. tu yang nampak kiut tu (^_^)
imheppie,
Gi la tengok, ajak boyfriend kamu tengok sekali. Untung2 kamu dapat tengok dia pun menangis macam aku gak. (^_^)
Faizul,
Best tak citer Ninja? Kalau best aku nak g tengok (^_^)
Emi,
Tak, aku nak jadi WAJIB TAYANG. Wahahahaha... Teringat scene akhir filem tu. Scene Liyana Jasmay main ***** Q Haidar tu. Wahahahalalala..
emosi jugak lu ek.. sama cam gua jgk nanges time tu..tapi kaver2 la..
Post a Comment