Monday, October 12, 2009

Masa Untuk Otot-Otot Jemari Bersenam

Yeehaa!! Setelah sekian lama aku bercuti panjang merehatkan jari jemari tangan dari memegang pen dan kertas, sudah tiba masanya aku melakukan come back. Hehehe... statement macam artis yang dah lama tak mengeluarkan album je.

Sebelum tu aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada Aman sebab tanpa rasa malu-malu anjing laut telah menbuat fan art untuk watak komik Kecempreng Man. Aku pun nak buat fan art untuk Aman tapi masalahnya dia belum ada komik lagi.

Sekarang marilah kita sama-sama mendengar cerita tentang projek komik terbaru dari aku. Kali ini aku akan berkolaborasi dengan 2 orang pelukis komik yang terkenal iaitu kartunis Jambang dan Kartunis Alif. Sebuah buku komik yang ada 3 cerita komik di dalamnya bertemakan tentang makhluk asing. InsyaALLAH, ceritanya best dan penuh dengan info-info berkaitan kehidupan makhluk asing.

So aku pertontonkan first page bagi komik terbaru aku yang berkisarkan tentang cerita makhluk asing. Kali ini aku lukis kapal angkasa berbentuk kepala Optimus Prime lak. Wahahaha.. kalau nak tengok page-page seterusnya, korang kena lah selalu-selalu buat muka tak malu melawat blog aku yang tak seberapa ini. hehehehe.. (^_^)

17 comments:

Irfan F-one-R said...

wah.. dah jalan dah projek nih??

tak sangka aku menjadi saksi perbualan antara korang tentang projek nih.. hehehe.. same kes gak cam time komik-m raya dulu..

aku sangat terharu~~

Poyo said...

Irfan,
Ko bukan saksi la,
Ko pihak yang tertuduh.
(^_^) Wahahahalalala..

faizul darius said...

bro i rasa, u sangat bernilai dalam kelompok komik M. i mean nilai u sangat tinggi. so bro, u jaga keunggulan nilai karya u yang unggul itu.

"korang rasa, ayat-ayat di atas ada unsur hasutan tak? hahahahar"

Fazl said...

cerita ni ada watak perempuan tak? :p

Aman Wan said...

wahhh...satu lg keluaran komik-m ke? kolebrasi artis2 yg cool~!! cepat lukis korg, aku da xde bahan bacaan dah ni..huhuu..

Anonymous said...

sweettt! gitu hahah bagus pala otak ko kapal kepala optumis prim! bijak2!

azhar said...

saya tak sabar nak tunggu komik nih kuar..

bestnyerrrrr...

Poyo said...

Faizul
Bagi aku setiap pelukis mempunyai nilai2 yang tersendiri seperti kawasan zon bebas cukai, Nilai Negeri sembilan. Wahahaha.. Ko nak jadi Tahanan ISA ke buat stetment berunsur hasutan ni. (^_^)

eMi,
tak mo la lukis watak pempuan, nanti ada yang cemburu. wahahahalalala...

Aman,
Begitu la nampak gayanya. Dah rezeki aku kat situ je. (^_^)"Kais pagi makan pagi, kais petang makan sushi". (petikan peribahasa dari filem Afdlin Sauki- Sumolah)

Boneka,
Semua gara-gara lepas tengok DVD cap cetak rompak citer Tranformers baru la termuncul idea mengarut kapal angkasa bentuk kepala Optimos Prime (^_^)

Azhar,
Wahahaha, saya pun tak sabar nak baca latest komik dari Tuan penasihat.. Eh! silap, Tuan Presiden (^_^)

Aman Wan said...

eh2,tapi ape cerita Herol Izwan dgn Kecemprengman3 ..?

dah siap ker?? waaaahhh~

Poyo said...

Biar Allah je yang tentukan apa akan terjadi pada cerita Herol Izwan & Kecempreng Man 3.

ps: Sebenarnya dah terlebih cuti sangat, Tu yang rasa macam tak sempat je nak siapkan komik tu before hujung tahun ni. Hehehe..

faizul darius said...

dialog kelakar + watak yang lucu + jalan cerita yang slamber = kegilaan peminat komik kecemprengman

faizul darius said...

tertarik dengan pasu kecil ada bunga dalam kapal tu

aminlandak said...

aloow...agak2 bila kuar komik ni!!!!
da lama tgu komik-m punyer kartun....
hmmm...apapun slalu lah mengeblog kan dr agar mudah nak tau...
hehehe

Poyo said...

Faizul,
Manis sangat la mulut ko Faizul, aku tak ley hadap la(^_^)Wahahaha

Dakwat merah,
Maybe penghujung tahun atau awal tahun depan. Untuk bulan ni Komik Irfan title SMASH-20 akan terjah kedai buku. Serius cakap rugi besar kalau tak beli. Satu lagi produk terbaik dari komik-M (^_^)

aminlandak said...

wokeh2 aku tgu..talak sabar ni!!!
brapa banyak lg komik yang nak d kuarkan pts???
mau sokong komik malaysia ni!!!1

Poyo said...

Dakwat merah,
Kalau ikut planing, sebulan keluar 2 buku komik. Beb! kalau lu boleh lukis komik, try la hantar kat Komik M. (^_^)

Irfan F-one-R said...

enche poyo puji2 saya pula.. malulah saya begini.. hehehe..

sebenarnye salah statement tu. tadi saya tanya pada enche alif.. "adakah matlamat komik-m dah tercapai? yakni menerbitkan 2 buku sebulan.. kan?"

tapi baals alif.. "erm tak.. skang komik-m mengeluarkan 3 komik sebulan!"

maju komik-m~!!