Friday, October 9, 2009

Pecah Rekod Sendiri

Walaupun aku ni bukan macam Usain Bolt yang selalu memecah rekod dunia berkali-kali dalam acara lumba lari dan kini digelar manusia terpantas di muka bumi, tapi aku juga telah memecahkan rekod aku sendiri pada 3 Oktober yakni pada hari sabtu yang lepas.

Sebelum ini aku tidak pernah langsung membawa insan bergelar perempuan datang beraya kat rumah Ucu aku. Serius tak pernah langsung. Tapi pada hari sabtu yang lepas aku telah membawa insan yang paling aku sayang datang beraya. Ini memang sesuatu yang mengemparkan bagi institusi kekeluargaan Ucu aku. Hehehehe..

Alhamdulillah penerimaan Ucu amatlah baik sekali. Cuma aku ni je rasa gabra sikit. Al-maklum la ini kali pertama aku bawa perempuan datang beraya rumah Ucu. So sure ada cacat-celanya sikit tingkah laku aku pada hari tersebut. Juadah kuew teaw bandung menjadi saksi hari bersejarah kami pada hari tersebut.

Sebelum pulang Ucu ada berpesan pada sayang aku supaya selalu-selalu la datang ke rumah. Wahahaha.. Ucu dah bagi green light ni. Malamnya pulak teruk aku kena sindir dengan Ucu. Ucu sound bila lagi aku nak hantar diorang pergi merisik. Nasib baik duit aku tak banyak dalam bank. kalau tak dah lama aku suruh Ucu pergi merisik. Ada sesiapa nak support aku kahwin tak? (^_^)

8 comments:

Unknown said...

moral support bole?

imHepPie said...

aku sponsor tok kadi...

Shamsudin said...

kawiin je.....yg penting saya nak design wedding gown si dia dan baju pengantin encik oyo....ermmm sekitar rm 50 000 itu dah harga diskaun tuh..soo cepat2lah sementara tawaran masih hangat...hehehe

faizul darius said...

tahniah, anda lelaki tulen hahahaha

Aman Wan said...

wahh..aku nak support~! support lukis fan art je. hehehe.. aku bdk lagi, duet pon mintak mak.. eh, tetibe teringat duet da abis.. bye, nak tipon mak jap..

"tuuttt.."
"mak, nak duet"
"....anak kuang garam.."

alifstyle said...

aku support makan nasi minyak. Boleh?
Go!go! Poyo!

cinta juliet zainal abidin said...

hahahaha...comei nye.. pasti syg kau tu pooon cuak gile. hahaha. eik. bile nk kawen ni.. hii

ps: ingat kan tajuk entri "pecah rekod sendri" adalah ditujukan utk music challenge. aku addicted dah. haha

Poyo said...

Naddy,
Boleh bagi moral sapport tapi kena bawak sepanduk ngan kain rentang sekali la baru best. (^_^)

Imheppie,
Carikan tok kadi yang iras2 muka Bruce willis ek.

Shamsudin,
Heheheh.. Aku wat kenduri kawin ikut kemampuan je. Hish! pe cerita pasal kenduri kawin lak ni. Lambat lagi la nak kawin (^_^)

Faizul,
betul bangg.. tulen banggg..

Aman,
ko jadi pengapit aku la. Nanti aku kenen2kan ko dengan mak andam. Sian mak andam tu. Dah lama menjanda.

Alif,
Apa pulak nasi minyak, support la nasi beriani gam. (^_^)

Cinta,
Kalau kamu bagi duit dalam RM20ribu, sekarang jugak aku g meminang. (^_^)

ps: saje je aku tak mahu pecahkan rekod music challenge kamu.Nanti kamu ngadu kat encik kekasih kamu.