Dengan gaji yang cukup-cukup makan itu, mampu jugalah aku membeli beberapa aset. Kereta adalah aset terbesar yang mampu dimiliki setakat ini. Walaupun dalam hati teringin juga membeli sebuah rumah, namun apakan daya. Jikalau aku teruskan niat suci itu, nescaya perbelanjaan bulanan aku akan mengalami inflasi yang terteruk dalam sejarah pengurusan kewangan di dunia ini.
Lagi satu aset aku mampu miliki ialah hand phone yang dibeli dengan harga RM600. Walaupun ianya bukan berjenama iPhone mahupun Blackberry yang super canggih, aku tetap sayang hand phone itu. Warnanya yang serba pink membuatkan hatiku damai setiap kali melihatnya.. Walaupun ianya sudah berusia lebih 3tahun dan button keypadnya sudah tidak sedap dipicit (masalah kalau nak menaip sms laju-laju), ia masih menjadi pujaan hatiku.
6 comments:
jap! jap! betul ke kau sebut 'serba pink'??
awwww. haha. kau suka pink kaler ye poyo the pink panther? xD
Laptop tu bukan aset ke? :p
Belle..
Pink adalah warna gothic dalam diri aku (^_^)
Emi..
Hehehe..
saya pernah tgk hanphone PINK karerr milik poyo.
pada mulanya, saya terkejut, PINK karer?
saya pada masa itu, menganggap ia pemberian aweks beliau.
Ini handphone beli sendirian berhad. Tak kuasa awek aku nak hadiah handphone kat aku (^_^)
Hey bro poyo, aset mu yg paling bernilai ialah bakat melukis komik.
Post a Comment