Salam Ramadhan buat semua. Fuh! lama sungguh blog ini dibiarkan sepi. Rasa kekok bila mahu memulakan sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan. Alhamdulillah, kita baru melepasi ibadah puasa untuk hari yang ketiga. Semoga amalan kita semua diterima Yang Maha Esa.
Yup.. Akhirnya aku berjaya menonton The Dark Knight Rises setelah 'dibakar' oleh kawan-kawan yang terlebih dahulu berkesempatan menonton bahagian terakhir Trilogi Batman di bawah arahan Christopher Nolan. Duduk di dalam pawagam selama 2jam 44minit pasti akan mengundang rasa 'lemau' jika jalan cerita yang disajikan bergerak agak perlahan ditambah pula watak antogonis kali ini, Bane yang tak sehebat lakonan Mendiang Heath Ledger sebagai Joker dalam The Dark Knight.
Akhirnya tempoh 2jam 44minit itu hanya mampu bikin aku melupakan buat sementara waktu perasaan lapar ketika puasa. Keluar pawagam, pemikiran aku kembali pulih semula dan rasa lapar kembali menguasai diri. Sampaikan lihat fesyen rambut orang pun boleh buat aku terbayangkan Choco Top McD.
Tanggal 16Mac adalah hari yang di nanti-nantikan oleh seorang pelukis kartun/ komik seperti aku. Pada tarikh tersebut, buku komik LBS hasil lukisan tangan sendiri di susun di atas palet kayu dan diangkat jentera foklif lalu dimasukkan ke perut lori untuk proses pemindahan dari kilang percetakan ke stor milik syarikat penerbitan. Di stor pula nanti kedatangan lori disambut oleh abang-abang yang gagah dan di sinilah akan bermula proses-proses menyusun, merekod dan sebagainya. Seterusnya ketua editor PTS POP tanpa segan-segan akan menelefon bagi memaklumkan berita gembira ini kepada diriku.
18Mac aku bergegas ke Opis PTS yang terletak di Batu Caves dengan jantung yang berdegup-degup kencang seperti saat cemas seorang bapa menanti isterinya melahirkan cahaya mata mereka. Sangat resah perasaan aku ketika itu. Ditemani hujan lebat aku selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Tangan aku diramas-ramas mesra tanda berjabat tangan menghulurkan salam dengan sekalian editor Unit PTS POP (editor berjantina lelaki sahaja, perempuan dikecualikan). Seterusnya mereka hulurkan senaskah komik LBS dengan senyuman yang tak lengkang-lengkang di wajah mereka. Pabila aku menyentuh komik LBS terasa seperti aku sedang mendukung bayi yang baru lahir. Sangat feeling suasana ketika itu.
Yup.. itulah serba sedikit kronologi saat-saat pertama kali memegang komik solo sendiri. Walaupun ini adalah merupakan komik solo buat kali ketiga, feelnya tetap sama. Terima kasih buat team Komik-M yang berkerja keras merealisasikan komik LBS. Dan kini aku menantikan saat-saat melihat komik LBS berada di rak-rak kedai buku seluruh tanahair. Debaran terus terasa memikirkan bagaimanalah nasib komik-komik LBS yang sudah disusun di rak-rak buku nanti..
Cerita pasal kedai buku, teringat Kedai buku POPULAR. Pada 10 dan 11Mac lepas, bersama Bophairy, Reja, Froggypapa dan Alif menghadirkan diri di Pesta Buku POPULAR Sunway Carnival Mall, Penang dan Star Parade, Kedah. Sangat bertuah kerana sempat bertemu dengan Encik Mohamad Azahari (yang diapit Froggy dan Bop dalam gambar). InsyaALLAH panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi (^_^)
18Mac pula di Pesta Buku POPULAR Central Market. Ini gambar sebelum kami beredar ke KFC bagi mengisi tenaga yang kehabisan ketika promosi tadi. Ops! lupa pula nak beritahu, ketika di Penang, dengan bantuan Reja, Froggy dan Bop, aku ada shoot iklan pendek untuk promosi Komik LBS. Serius iklan ini ada sedikit kecacatan yang memang tidak disengajakan. Ribuan kemaafan diminta buat pelukis Komik Smash 20. Maafkan kami.. Niat nawaitu sebenar aku mahu mempromosikan sekali komik Smash 20 namun atas kesilapan teknikal dan kurangnya ilmu di dada berkaitan shooting-shooting video ini, maka inilah yang terhasil. Namun ianya spontan dan kelakar juga walaupun boleh diketogerikan kelakar gelap (dark joke). Memang layaklah di komen Kekekeji. Hehehehe...
Alhamdulillah.. 3Mac lalu aku sudah berumur 33 (aku semakin tua tetapi perasaan tetap muda remaja. Cheewahh..). Sebenarnya aku sangat terharu dengan insan yang sanggup bersusah-payah menghadiahkan kek birthday yang superb special pernah aku lihat seumur hidup ini. Saya sayang awak seketat-ketatnya (^_^). Selain itu, bulan Mac juga adalah waktu yang membuatkan bahagian paru-paru rasa berdebar-debar seperti denyutan jantung seekor kucing dikejar UFO.
Merujuk kepada gambar iklan di atas (sila abaikan perkataan 'Karya hebat'), hanya itulah karya solo yang telah dihasilkan oleh aku. Pelukis-pelukis yang start melukis lebih lewat dari aku pun sudah ada 5, 6 buah komik solo. Untuk perancangan tahun 2012 ini sememangnya sangat-sangat berharap akan keluar produk komik solo terbaru. Dan berpandukan maklumat dari Ketua Editor, status komik solo aku buat masa ini bolehlah diibaratkan seperti sudah masuk ke bilik wad bersalin. Tinggal tunggu masa je untuk bersalin.
Dunia Kartun : Lawak Budak Sekolah (LBS) bolehlah disamakan dengan buku latihan sekolah yang diconteng-conteng. Lukisannya juga seperti lukisan budak sekolah rendah. Harapan aku korang tidak terkejut melihat lukisan yang buruk malah lebih buruk dari lukisan-lukisan buruk yang aku lukis sebelum ini. Hehehe... Kaver LBS dilukis oleh Jimi (staff editor yang paling latest menyertai team Komik-M). Kalau ikutkan perancangan, akan ada sambungan LBS#2 dan aku berjanji LBS#2 pasti lebih baik dan lebih best dari LBS#1. Tapi yang lebih penting sekarang, korang kena beli Komik LBS bila sudah masuk kedai buku nanti.. Opps! Tetapi bukan setakat beli komik LBS sahaja. Kerana... Jeng.. Jeng.. Jeng..
Bulan Mac ini Komik-M juga akan terbitkan 4komik sekaligus. Selain Komik LBS, ada Komik Amylea#2 karya Jon Suraya, Meon#5 karya Jas dan Komik Opie & Jaja karya Bophairy. Superb mantap komik mereka-mereka ini. Jangan malu-malu mahu membeli. Sokongilah industri komik tempatan. Sokongan dari anda amat kami hargai. Hanya ALLAH yang dapat membalas budi baik anda. Amin..
Selain itu, mahu beri sedikit pribiu tentang komik antologi hasil karya aku yang akan keluar dalam tahun 2012. Kali ini akan terbit siri komik Diari Profesor Madya Karumalai : saya sayang amma! Serius komik ini sangat sedih hingga menyentuh ulu hati dan ulu hempedu. Sila sediakan tisu secukupnya bila membaca komik ini nanti. Yang paling aku mahu beri penekanan ialah moral of the story di sebalik diari komik ini.
Yang ini pula Komik Antologi Cinta. Sudah lama tidak melukis Kecemprengman, maka untuk AKC#2 ini berlatarbelakangkan kisah Kecemprengman VS Karim Pop. Ada aksi pertarungan hebat bakal meletus di tengah-tengah ibukota Metro Cyber. Sebenarnya ketika aku menaip entry ini, Komik ini masih belum siap sepenuhnya. Hehehehe..
Akhir sekali, Jangan lupa mendapatkan Komik Antologi 'Aku, Kau & Komik#3. Sepatutnya sudah masuk kedai buku. Sila dapatkan secepat mungkin. Jika masih tidak jumpa di kedai buku, tunggu sahaja bulan April nanti di PWTC Kuala Lumpur. Boleh dapatkan Aku, Kau & Komik#3 malah semua komik-komik Keluaran Komik-M di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. InsyaALLAH ada sesi 'beramas mesra' dengan pelukis-pelukis Komik-M. Wahahaha..
Sejak masuk tahun 2012, hati aku sering dilanda rasa 'goyang' untuk menempuh hidup yang penuh dengan onak, duri dan rintangan. Tahap keyakinan diri sangat nipis senipis Samsung Galaxy tab. Aku bolehlah diibaratkan bagai seorang nelayan yang bersampan di tengah-tengah lautan bergelora. Di dalam laut yang bergelora itu pula dipenuhi pelbagai spesis ikan-ikan jerung yang seakan tidak sabar mahu membaham dan mengoyak-goyakkan daging aku yang lembut-lembut batang pinang ini. Sudahlah lembut, manis pulak tu. Hinggalah satu hari aku ditemukan dengan peristiwa yang menyedarkan aku betapa aku ini berkali-kali lebih beruntung dari orang lain di atas muka bumi ini.
Mata aku sendiri menyaksikan keajaiban dunia ciptaan agung Yang Maha Esa. Menyaksikan bagaimana seorang insan buta matanya dapat melepasi halangan yang kadang-kala insan celik seperti aku juga tidak boleh lepasi jika kurang berhati-hati dan berwaspada. Otak aku bagai dijentik agar cepat-cepat bangun dari rasa 'down' yang tak bertepi. Jika insan kurang upaya pun boleh hadapi dugaan dan cabaran yang telah ditentukan untuknya, kenapa pula aku yang sempurna cukup sifat ini boleh cepat mengalah apabila berhadapan dengan dugaan dan masalah dunia. Yeah! Aku kena bangun semula dan berlari laju setelah jatuh agar tidak tertinggal jauh di belakang.
Bagi membuktikan yang aku sedang berlari sekarang ini, aku perlihatkan sebuah loose untuk projek komik yang masih dirahsiakan dari pengetahuan umum. Selepas ini mungkin akan curi-curi masa untuk cuba menyelitkan diri di sebuah majalah humor pula. Doakan semuanya berjalan lancar.
Dan nantikan Komik antalogi 'Aku, Kau & Komik #3 InsyaALLAH akan terbit bulan Februari ini. Ada sebuah komik lukisan aku yang bertajuk 'Kedai Komik Pak Majid'. Terima kasih buat barisan editor Komik-M yang banyak menyokong perjalanan seni aku. Tanpa mereka, mungkin nama 'Poyo' tidak dikenali ramai orang. 786 alhamdulillah syukur..
Sejak akhir-akhir ini, akak-akak dan makcik-makcik yang kerja satu opis dengan aku bagai terkena santau angin asyik bercerita tentang filem Ombak Rindu (OR) adaptasi novel nukilan Fauziah Ashari. Novel OR yang diterbitkan sekitar tahun 2002 telah diangkat oleh Osman Ali selaku pengarah hingga mencatat kutipan juta-jutaan di pawagam malah berjaya menumpahkan bergelen-gelen air mata wanita (malah ada juga air mata lelaki) yang menonton filem OR ini. Sememangnya ia telah mencetuskan fenomena dalam industri novel tempatan. Firasat aku selepas ini akan banyak lagi novel-novel yang bakal diterjemahkan ke bentuk filem. Walaupun kutipan tayangan OR pecah panggung, aku bukanlah salah seorang penyumbang angka kutipan itu. Hehehehe.. OR bukan taste aku walaupun heroinnya Maya Karin (^_^)
Serius cakap la kan.. aku sememangnya bukan pembaca novel yang tegar. Paling heibat pun aku cuma boleh baca sesebuah novel sampai page ke3 sahaja. Selepas tu aku terus terlentuk tidur. Inilah penyakit aku sejak belasan tahun hingga sekarang. Namun tahun ini sebuah novel telah berjaya merawat penyakit itu.
Ya.. Inilah Novelnya. Janji Julia (JJ) hasil tulisan Maria Kajiwa. Kenapa aku boleh hadam membaca isi novel ini dari awal cerita sampai ke akhir? Kerana membaca JJ ibarat menonton sebuah filem thriller buatan Malaysia yang langsung tidak membuatkan aku rasa mengantuk . Suspennya disusun teratur hingga ke klimaks cerita dan diakhiri dengan pendaratan emosi yang puas malah disokong dengan penyampaian secara santai dan sifar kesalahan ejaan (good job editor novel JJ). Inilah first time aku merasai betapa bestnya membaca novel. Aku dapat bayangkan kalaulah Novel JJ diadaptasikan ke filem seperti Novel OR, tentu sesuatu yang heibat.. Terutama scene puluhan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan diserang hendap pasukan tentera pemberontak No-Mondus. Akan ada aksi letupan, kereta terbakar, mayat terburai bergelimpangan. Namun persoalannya, ada tak mana-mana produser filem yang sanggup melabur bajet besar merealisasikan 'live action' novel ini?. Usah risau, masih banyak lagi judul novel-novel cinta jiwang di luar sana yang boleh diangkat menjadi filem (^_^)
Sehingga kini aku masih mencari novel kedua selepas JJ yang boleh aku hadam isi kandungnya namun belum diketemukan lagi. Malah ada satu persoalan yang bermain di benak fikiran ini, adakah akan ada komik tempatan yang bakal di 'live action' kan? Ah! aku tidak mahu berfikir banyak sangat. Takut kepala penuh uban nanti. wahahahahehehe..
Ketika masih bekerja di tempat lama dulu, Disember adalah bulan yang sangat banyak kerja harus dibuat. Malah cuti juga dibekukan. Itulah situasi kalau bekerja di account dept. Nak tutup akaun la, mohon peruntukan tambahan la, penyata hasil la dan macam-macam lagi. Kadang-kala terpaksa berkampung atau berumah teres setinggan di opis untuk menyiapkan kerja-kerja yang berlambak. Selepas terima tawaran jawatan baru yang totaly tiada kaitan dengan urusan-urusan kewangan, hati sangat 'gumbira' kerana berpendapat bulan Disember bagi tahun-tahun mendatang bukan lagi bulan untuk berkerja keras. Boleh bersenang-lenang sambil menghabiskan cuti yang masih ada.
Tetapi aku tersilap sebenarnya, bekerja di tempat baru ini pun situasinya hampir sama macam tempat kerja lama. Makin nak 31hb Disember, makin berlambak-lambak kerja yang datang. Nak bercuti juga tidak boleh. Terpaksalah siapkan kerja sambil nyanyi lagi 'Lalalala.. hari-hari kerja'.
Bestnya orang itu sedang bercuti-cuti di bandar yang banyak sejarah. Hehehehe...
Wooha! Assalamualaikum semua. Aku sudah mula terasa sedikit gabra bila tersedar sekarang ini sudah masuk bulan disember iaitu bulan terakhir dalam kiraan kalender tahun 2011. Perasaan suam-suam cemas membalut erat ketat-ketat dari ulu hati hingga ke hujung pundi kencing. Masih banyak misi mahupun agenda yang belum terlaksana. Harapnya dapat habiskan sedikit demi sedikit apa yang telah dirancang agar dapat mengurangkan sedikit tekanan dalam tahun 2012 nanti. InsyaALLAH tahun 2012 juga bakal melaksanakan misi tahap MEGA dalam sejarah hidup. Bila terlaksananya misi tahap mega itu, ibarat sempurnalah separuh dari agamaku. Semoga dipermudahkan segala apa yang dirancang. Amin..
Ehem.. ehem.. sudahkah anda mendapatkan Antologi Aku, Kau & komik - Koleksi Popular? Belum! Elok segera pergi ke rangkaian Kedai Buku Popular. Beli komik ini kerana ianya boleh diketogerikan sebagai item paling 'rare' di muka bumi. Serius cakap ni.. Beli tau jangan tak beli pulak..
bayi lelaki comel yang lahir pada 3 march 19**. Tidak mempunyai kuasa Wolverine iaitu boleh mengeluarkan pisau di tangan. Tidak sehebat Superman yang boleh mengangkat kereta dengan sebelah tangan. Tidak sepower Spiderman yang boleh mengeluarkan benang labah-labah di tangan. Dia cuma seorang insan biasa yang tiada kuasa istimewa cuma kadang-kadang perangainya boleh berubah serius seperti Batman. Itulah saya...
Jawatan Kosong Toyota Capital Malaysia
-
Jawatan Kosong Toyota Capital Malaysia. Portal jawatan kosong ingin
berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Toyota dan kepada
Warganegar...
Kemaafan yang terindah gittueww
-
Jam 7.10am lokasi dari p17 nak menghampiri simpang p16.
Sebuah Axia hijau masuk terus ke kiri walau laluan dia dah tamat hampir
masuk laluan kami.
Laki a...
Semalam Aku Bawa Seorang Budak 1 Tahun Mandi Sungai
-
Semalam aku bawa seorang budak 1 tahun mandi sungai. Dia gembira main air
tapi dia lebih gembira bila makan batu.
Aku panik, "Weh, anak kome makan batu!".
...
Tema Azam 2018
-
Sekali lagi, azam untuk ubah diri secara bertema. Cara begini buatkan saya
lebih hargai usaha sepanjang tahun berbanding result akhir.
*Tahun 2013 : *"Jad...
Liga Pendekar revisited
-
Finally ..YEAAAAA update my blog...
lama tak update..(tgh bosan lemau too many things to do..so lil time)
yup
sejak jadi Head Department Animasi di Fakulti...
-
Mak Pergi Tak Kembali
Assalamualaikum..
Sebulan dah mak pergi menghadap penciptaNya.
Ya Allah, rindu kat mak hanya Allah yang tahu. Hanya doa yang mampu...
Tips Mengurus Kewangan Tahun 2016
-
Saya nak kongsi cerita mengenai mengurus kewangan sama ada kewangan diri
keluarga atau organisasi. Kita telah menempun tahun 2015 dengan penuh
cabaran kew...
Hargai
-
Cinta tak datang dengan paksaan
Sayang boleh datang kalau kita Ikhlas
Jodoh tidak semestinya kekal hingga ke mati
Yang penting kita pandai menghargai.
Surface Pro 3 Pen Battery Replacement
-
If you are like me, using a Surface Pro 3, chances are you will be having
trouble finding the replacement battery for your pen/stylus. In fact, same
goes i...
Yang Lain Bila Nak Turun?
-
1) Walaupun harga petrol telah turun, harga bahan mentah masih tak mahu
turun.
2) Jika dahulu kenaikan harga barangan adalah disebabkan kenaikan harga
...
Buskers
-
Buskers berasal daripada bahasa Sepanyol *buscar* yang bermaksud carian
lebih atau mencari kemasyhuran dan kekayaan.
Perkataan *busking* kali pertama dig...
Berita baik dan berita buruk
-
Pastinya anda semua pernah menerima berita baik dan buruk serentak.Contoh
macam Hazim dapat friend request dari sorang awek cun nama Erin tapi awek
itu seb...
The Monkey is back!
-
Assalamualaikum guys. Peh! memang lama tak waras punya aku tak update blog
ni. Berhabuk habis, siap dengan hama sekali. Sebagai pen'resdung' tegar aku
mema...
#JauhkeSyurga - lagu baru
-
Pada 24hb Januari 2013 nanti, saya akan hadiahkan lagu terbaru saya
#JauhkeSyurga untuk rakan-rakan yang telah banyak membantu, menyokong dan
memberikan in...
Sudah bermula! Pencarian Bakat Baru Komik-M!
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sudah bermula! Sudah bermula!
Komik-M Cari Bakat! Sebuah pertandingan melukis komik yang dianjurkan oleh
PTS ...
Gajet terbaru.
-
Salam semua.
Ini aku nak review satu gajet terbaru aku beli. Aku belinya minggu lepas.
Sebenarnya aku tak pandai review gajet-gajet ni memandang aku tak be...
Ini Sotong Goreng Emas ke apa?
-
. . Lama tak singgah makan di Sekinchan Ikan Bakar (Segambut). . Last year
aku dan family pernahlah makan ramai-ramai kat situ, harganya aku rasa
sangat be...
Canon
-
Canon, dewi yang mendapat kasih sayang daripada Tuhan lebih daripada orang
lain. Canon dipertanggungjawabkan untuk berdoa di dalam vihara demi
keamanan d...
Buku Terbaru SFP.
-
Untuk membeli:
1 . Masukkan RM 25 (harga ini termasuk kos pos RM 5) ke akaun berikut;
Nama : Siluet Books
No Akaun : 1247-0000647-10-5 (CIMB)
*Pastikan ...
Merah Cinta Epal
-
AKAN DATANG FEBRUARI INI
*"Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah."*
Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak
roller...
The world of good bye
-
Bila kita hidup dalam satu kehidupan yang menyebabkan kita terpaksa
mengatakan 'goodbye' kepada setiap yang kita kenali...secara berulang kali,
ia akan ...
Lovin Food in Malacca
-
Selepas kesibukan di Penang,sampai waktunya saya berkongsi keunikan dan
keenakan makanan yang menjadi pilihan saya di Melaka.
Popia special yang dibalut d...