Wednesday, May 6, 2009

Amaran Kerajaan : Asap Rokok Membahayakan Kesihatan

Kali ini aku mahu bercerita tentang rokok. Rokok ialah hasil gulungan kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm dengan diameter sekitar 10 mm yang diisi dengan daun tembakau yang telah diracik halus. Di Malaysia, aku tak berapa pasti bilangan perokok tegar yang aktif tapi yang aku tahu di rumah Ucu aku iaitu tempat tinggal aku sekarang, terdapat 3 orang perokok yang aktif. Tu belum campur lagi jiran sebelah menyebelah.

Aku dulu pun masa tingkatan 1 ada jugak berjinak-jinak untuk menjadi seorang perokok yang berjaya, tetapi hampa kerana tekak aku rasa tak selesa bila menghisap rokok. Mungkin tekak aku dicipta untuk menghisap benda lain. (korang jangan fikir yang bukak-bukan, blog aku ni bukan hanya dibaca oleh golongan dewasa, malah golongan kanak-kanak juga turut berminat membaca blog aku ini). Wahahaha..

Baru-baru ini aku ada terbaca info di intenet tentang asap rokok. Barulah aku tahu bahawa asap rokok lebih berbahaya dari asap kemenyan. Terdapat lebih 4000 kimia beracun dalam asap rokok. Aku jadi ketakutan. Kepada perokok-perokok sekalian, jika kamu ingin merokok, sila pastikan kamu telan sekali semua asap-asap rokok yang kamu hembus itu.

8 comments:

i.am.belle said...

baguslah kamu tak hisap rokok. hisap lollipop jelah. lalala....

Poyo said...

Lagipun harga rokok mahal, pastu ada gambar yg mengerikan pada kotak rokok.. Aku takut la Belle.. (^_^)

Kito said...

Nasib baiklah saya ni kuat iman.Hei abg Poyo,booleh tak abg komen untuk saya,bagi mengiprovekan lagi karya saya di lam blog saya?Saya mahu belajar...Dari abg Poyo,sedikit sebanyak...Can tak?

azhar said...

memang kelakar abe poyo..
saya takkan miss blog abe poyo..
akan saya folow setiap maso...

meo188 said...

moral of the story: jom isap asap kemenyan ramai2... huhuhuhuhu :p

Poyo said...

Kito
Dah tiga, empat kali buat lawatan sambil belajar ke blog kamu. Rasanya kamu ada potensi tapi x berani nak komen coz org pun macam kito gak, Masih budak baru belajar gak. (^_^)

Azhar,
jgn la ckp camtu Abe Azhar,
Nanti kalau aku masuk toilet pun takkan ko nak folow gak? Wahahahaha..

Meo,
Kalau hisap asap kemenyan tu dah kira tahap keliwon dah.. (^_^)

azhar said...

"i will followww uuuu...."

nyanyi beramai rmai cam iklan jin kuning Digi..

Poyo said...

Nakal la Abe Azhar ni..
babab kang!! (^_^) wahahaha