Monday, May 25, 2009

Hari Gembira Aku Yang Tercemar

Hari ini hari yang menjanjikan kegembiraan bagi aku. Korang tanya kenapa aku gembira? Sebab hari ini bertarikh 25 haribulan. Hari aku dapat gaji da.. Untuk menggambarkan betapa gembiranya aku hari ni, kalau korang nak tahu masa aku bangun tidur pagi tadi muka aku secara automatik boleh tersenyum sendiri sebelum aku terjaga dari tidur. Hebatkan?

Dalam perjalanan ke opis, kepala otak aku yang super genius ni dah betukar fungsi menjadi calculator mengira jumlah wang yang patut aku keluarkan bila aku cucuk kat mesin ATM nanti. Hari ni nak bayar duit ansuran kereta, pastu nak sambar kemeja t baru. Lagi aku rasa nak beli…. Eh! Tak boleh! Tak boleh! Aku kena berjimat cermat sikit pasal ahad ni aku ada date dengan Sayang aku. Hehehe… Nak tahu kitorang date kat mana? Jawapannya.. tunggu selepas iklan nanti. Wahahaha..!!

So Pukul 10pagi tadi aku pun curi-curi keluar opis pergi ke Mesin ATM. Aku keluarkan kad ATM lalu cucuk ke tempat yang sepatutnya di cucuk kat mesin ATM itu. Tiba-tiba keluar satu kenyataan di monitor mesin ATM tu. “ Urusniaga anda tidak dapat diteruskan”. Aku jadi panik.. Aku cuba cucuk lagi.. sama gak. Aku cucuk lagi 5 kali, pun sama gak. Lepas tu aku rasa nak cucuk je mesin ATM tu dengan parang tapi nasib baik aku tak bawa senjata yang tajam macam parang.

Time tu aku rasa nak pijak-pijak je kad ATM aku. Kalau nak rosak pun, tunggu la aku keluarkan duit gaji dulu. Tak pasal-pasal aku kena pergi beratur kat bank semata-mata nak buat kad ATM yang baru. Siot sungguh.. Memang hari ni hari gembira aku yang tercemar. Wacaa!. Wacca!..

13 comments:

eMi mLi said...

itu la hukumannya sebab ko curi2 keluar waktu keje :p

Poyo said...

Emi,
Aku rasa perkataan curi2 tu kurang sesuai la. rasanya elok di gantikan dengan perkataan menyelinap. Hohoho.. baru nampak macam ninja sikit. (n_n)

i.am.belle said...

kad ko tu dah expired xD hahaha


nak pergi dating mana nanti sayang? ;p


lalalalala

MeLLmeRaH said...

kat ATM rosak yea...uishhhh kesian nye....! yea yea ari ni leh g beli t shirt baru....boleh g dating ngan orang tersayang...lalalalala....

Poyo said...

Belle,
Kad ATM aku bukan mcm barang2 makanan la boleh expired2.
Nape? kamu nak eskot kitorang g dating ke? (^_^) Wahahalala..

Mellmerah,
Kalau kad ATM xrosak pun xok gak.
Nanti asyik nak cucuk duit je. Habis la duit dalam simpanan nanti. Huhuhu..

Poyo said...
This comment has been removed by the author.
meo188 said...

cucuk jngn xcucuk

akuADAdia said...

erm...ni cam yg terjadi kat haku semalam je...tp, xde la smpi kad aku kena telan....sadis2...

sile berhati2 menggunakan kad atm.

Poyo said...

Meo188
Pinjam kad ko lak,
aku nak try cucuk2
wahahaha..

akuADAdia
Lepas ni aku bukan setakat berhati-hati je bila nak guna kad ATM, aku akan berparu-paru lak. Wahahaha..

faizul darius said...

encik poyo, jangan marahkan nyamuk, kilang kasut dibakar. hehehe

Poyo said...

Faizul,
Aku kalau marahkan nyamuk,
ubat nyamuk aku bakar..
Wahahalalala.. (^_^)

Shamsudin said...

ermm kuarkan ajelah guna stail manual..ambil nombor.....kan senang...

Eym said...

takpalah...itu semua dugaan...biasalah tu...