Monday, May 11, 2009

AvilTone Yang Hibrid

Sebuah komik bertemakan hibrid, bionik dan artificial intelligence pada zaman akan datang hasil dari pelukis komik yang datang dari perut bumi Serawak. Sinopsisnya tentang peperangan dunia ke-3 yang membawa kemusnahan dan malapetaka kepada seluruh hidupan di bumi.

Kesan dari peperangan tersebut, maka terciptalah berbagai senjata kimia dan biologi. Salah satu ciptaan itu ialah Hibrid, sejenis makhluk klon mutasi yang digunakankan dalam peperangan di antara beberapa kuasa besar dunia.

Setelah tamat perang dunia ke-3, masih lagi terdapat hibrid-hibrid yang mampu berevolusi dan berkembang biak manjadi ancaman kepada umat manusia ketika itu. Henna, seorang gadis pribumi kenyalang prima berusaha menentang hibrid-hibrid yang masih hidup. Tetapi diri Henna sendiri mempunyai satu rahsia dan misteri yang tersembunyi. Mampukan Henna membongkar rahsia itu...?

Thank to Avil Tone bagi komik ni percuma pada aku. Sebagai gantinya aku pun hadiahkan komik Kecempreng Man #2 kepada beliau. Aku rasa ramai lagi yang belum memiliki komik Hibrid ni. So aku cadangkan korang beli. Jalan cerita dia memang superb dan layan. Kat atas tu aku ada lukis fanart Feeca, salah satu watak dalam komik Hibrid.

4 comments:

Irfan F-one-R said...

wakakaka... feeca pakai baju kecemprengman yg evolusi.. wakakakaka....

tak nampak sgt pompuan tuh.. haha.. tambah2 la part2 yg menyelerakan skit.. baru pergh~

Poyo said...

Irfan,
aku ni kan lelaki baik, ada awek lak tu. Mana boleh lukis-lukis macam tu. kena la jaga hati awek aku sikit.. (^_^) wahahaha!!

Kito said...

Wah,nampak cam best jer citer nih....Dah ada kat pasaran lagi ke blom?

Poyo said...

Aku pun xpasti dah masuk pasaran ke belum. tapi komik ni dijual pada Pesta Buku Antarabangsa yang lepas.