Monday, May 11, 2009

Logan A.K.A. Wolverine

Pada sabtu (9Mei) yang lepas, aku berkesempatan menonton wayang filem X-Men Origins : Wolverine bersama dengan seseorang yang cukup special bagi aku. Namanya ialah… Hohoho!! Tak boleh kasi tahu. Kalau aku bagitau jugak, takut dia akan mengunakan kuasa mutantnya iaitu dengan melalui jelingan matanya saja sudah boleh membuat hati aku menjadi cair macam aiskrim.

Filem lakonan Hugh Jackman, Liev Schreiber, Lynn Collins dan ramai lagi ini memang sangat-sangat di nantikan oleh aku. Sinopsisnya berkisar tentang kisah silam Wolverine yang tragis serta menyingkap program rahsia Weapon-X serta kisah-kisah mutant yang terlibat sama. Di samping itu, Wolverine juga akan menemui abang tirinya, Sabretooth (Liev Schreiber).

Konsentrasi aku cuma dapat bertahan selama 15 minit saja menonton filem ini, baki yang selebihnya aku banyak menonton muka pasangan aku yang duduk di sebelah kiri aku. Hehehehe.. (tapi Alhamdulillah, kami berdua tidak membuat perkara-perkara yang dilahnati oleh Allah kat dalam pawagam yang gelap itu)

Sorry ek kalau sayang tak suka tengok cerita ni. Next time kita tengok cerita yang sayang suka pulak (^_^) Hehehehe...

12 comments:

Shamsudin said...

ewah sangtlah romantiksnye..kalu kawen jgn lupa post satu kad jemputan ke tawau sabah yah..huahuahuahua

Poyo said...

Shamsudin,
Jangan risau la Bro, bukan setakat kad jemputan je aku pos, dengan pejabat pos sekali aku pos kat ko. Wahahaha..

pinkiss said...

ehehe.. cam cumil je yang sebelah tu.

eMi mLi said...

napa muka awek tu tengok ke ko dan bukan ke skrin? Musykil ni!

i.am.belle said...

kalau ko dok depan aku dlm panggung wayang mesti aku marah

sebab rambut kau kembang ;p


p/s: di alam percintaan kamu ye poyo. hohohoho

Poyo said...

Pinkiss,
Rasanya aku dah kena ilmu guna2 kot pasal walaupun dia tanpa mekap, aku still nampak dia sangat cumil (n_n)

eMi,
Maybe awek tu nak ambik kesempatan ke atas diri aku time aku tgh kushyuk layan citer Wolverine. Wahahaha..!!

Poyo said...

Belle,
Len kali jgn pilih seat kat belakang aku. pilih la seat sebelah kanan aku.. nanti leh aku mintak pop corn ko sikit (^_^)

p/s: Belle, jom kita nyanyi lagu dibius cinta bersama-sama.

faizul darius said...

aku udah tgk citer nih, aku mau jadi cam gambit.

meo188 said...

hebatlah gile ah dingdong!

Poyo said...

Faizul,
Ko memang patut bawak peranan Gambit dlm film tu sebab Gambit yang tampil dalam film tu terlalu kiut la.. (^_^)

Meo 188,
ko pun
hebat gile ah
dingding!

cinta juliet zainal abidin said...

rasenye mcm da tau jea sape yg pakai tudung tu... penatnye pk. adei.

Poyo said...

Cinta
syyyyy... jangan kasi tau sape2.
ni -rahsia kita berdua tau. Wahahaha..!!