Friday, June 19, 2009

Malas Up-Date Blog

Kenapa blog ini sejak dua menjak ni nampak macam terabai. Sebenarnya aku dijangkiti virus pepijat malas meng up-date blog sendiri. Kalau nak diikutkan, macam-macam cerita aku nak kongsikan dalam blog ni dengan korang semua tapi bila menggadap je blog ni, aku jadi kemalas-malasan. Tapi untuk kali ini, aku cuba kurangkan kadar malas dalam diri aku ini.

2 minggu yang lepas, aku berada di pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi, takkan la pulak Kepulauan Sulawesi. Di sana aku berkesempatan buat kali pertama dalam hidup aku yang suram ini memegang sejenis haiwan reptilia bernama ular. Walaupun aku kelihatan gagah seperti ahli gusti WWE bernama Batista, perasaan cuak tetap menyelubungi hatiku bila kali pertama menyentuh manja ular yang bersisik-sisik itu. Memang geli siot!

Ingatan pada korang semua. Jikalau rumah korang dimasuki ular, sila telefon Bomba. Jangan korang telefon aku pulak. Anggap je la gambar di atas tu cuma gambar hiasan je. Huhuhu..

11 comments:

faizul darius said...

huyooo, pegang ular. aku pegang cacing pun dah geli.

Shamsudin said...

bestnye dapt pegang ular....kalu saya dibagi freee pegang..saya rasa saya tak mahulah..hahahah....

Poyo said...

Faizul
Aku xtahan bila ular tu menjalar kat badan aku. Geli siot..
Baru la aku tahu aku ni seorang penggeli sebenarnya. Wahahaha..

Poyo said...

Shamsudin
Sekarang ni aku rasa macam gian pulak nak pegang ular, tu yang sejak 2 menjak ni asyik masuk dalam semak nak cari ular je. Wahahalalala..

faizul darius said...

hahahaha sampai cam tu sekali.

faizul darius said...

segala ulat aku geli, lebih lebih lagi ulat sampah.

Shamsudin said...

ulat memng geli....geli geleman aku hehehehe...

i.am.belle said...

yikes! belle mmg tak suka binatang lembik. cicak pun dah geli inikan ular. larik!



p/s: betulkah itu poyo? xD

Poyo said...

Faizul & Shamsudin
korang kena biasa-biasakan diri dengan ulat ni. Esok bila korang kat dalam tanah nanti, ulat-ulat ngan cacing la peneman korang kat bawah tu. Huhuhu.. (Statement ala2 islamik sikit)

Belle
Aku pun geli cicak gak.
sorry la Belle, pinggang aku tak seramping Johnny Deep..

Aman Wan said...

poyo, ape cer Herol Izwan?

huhu~ tinggal brape pages lagikah? x sabar nak carik kat pasaran, mahupun pasar2 malam dan pasar2 tani.

Poyo said...

Aman
penghasilan Komik Herol Izwan terpaksa dibekukan buat sementara waktu atas sebab2 wabak H1N1.3 (wabak rasa malas yang melampau)