Tuesday, June 30, 2009

Ini Bukan Cerita Samseng Kampung Dusun

Last weekend aku dan adik-adik sedara aku dikerah tenaga pergi ke dusun durian ucu aku kat area Langat. Serius cakaplah, selama 2 hari aku kat dusun tu aku lebih banyak makan durian berbanding makan nasik. Nasib baik la takde pape jadi pada aku. Tak macam Ucu aku, baru makan 2 ulas durian dah kena demam panas.

Selain durian, terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti langsat, manggis , cempedak dan juga rambutan ditanam kat dusun tu. Walaupun kami semua diselubungi dengan berita sedih tentang kematian Michael Jackson, kami tetap bergembira sambil menikmati kelazatan buah-buahan segar yang kami petik dari dusun.

Gambar yang kat atas ni bukan gambar orang asli tau. Ni gambar adik sedara aku panjat pokok manggis. Ucu tak bagi aku panjat pokok sebab takut semua pokok manggis dia nanti terbenam dalam tanah. Cesss...!! Mentang-mentang la badan aku kiut macam Afdlin Shauki.

10 comments:

akuADAdia said...

sgt best dpt blk kg n panjat pokok....betul gak kata ucu kamu, klu pokok manggis terbenam dlm tanah, camner nk makan manggis lg tahun dpn?...ha..jawab2....

eMi mLi said...

kitorang adik beradik dlu suka lepak atas pokok jambu kat belakang rumah tapi skrg port lepak kitorang dah hilang sbab mak abah tebang pokok tu...huhu

i.am.belle said...

seronok kan ada dusun ni. ada manggis, langsat, rambutan, durian... okey yg durian tu paling tak bley tahan. huhuhu

Shamsudin said...

encik poyo cubalah tgok watak kecemprengman yag telah saya redesignkan di blog saya........hehe dan jagn lupa komen yah.....

wah durian...tapi sayang saya tidak suka sangt makan durian....hehehe

suka rambutan sebenarnya...

Irfan F-one-R said...

kalo aku pun aku duk bawah... hahaha..

sama2 lah kite menunggu di bawah ya~!! memakan manggis lagi sedap dr panjat pokok manggis..

Aman Wan said...

wah...teringat dulu2 main panjat2 petik manggis~

hohoho,xper2, setuju dgn irfan. lebih sonok kutip manggis yg jatuh dan mkn on the spot.. tinggal kn kulit dan bijik je utk tukang panjat.. hehehe..

Poyo said...

akuADAdia
Nampak je badan aku ni berat tapi aku lebih ringan tau kalau nak dibandingkan dengan berat sebijik kapal terbang Air Asia (^_^)

Emi
Agaknya mak abah tebang pokok jambu tu sebab takut bila korang adik beradik semua dah kawin dan dah ada anak nanti, Anak korang lak akan mewarisi port lepak korang atas pokok jambu tu. (^_^) heh..3x

Belle
Tadi baru je makan roti cicah sama bubur kacang letak durian. Sedap beb!

Shamsudin
Tapi rambutan kat dusun ucu aku macam tak menjadi sangat la. Buah tak banyak. Kalau tak, boleh gak hantar rambutan selori dua kat rumah ko. (^_^)
Aku dah tengok Kecempreng Man Evolution ciptaan ko. Kecempreng ko lebih kacak dari kecempreng aku. Hehehe..

Irfan
Mesti la ko pun duduk bawah pasal badan ko lebih kurang macam badan aku je. Kalau kau panjat jugak, aku rasa pokok manggis tu boleh menanggis keluar air mata sebab nak menampung berat badan ko tu. wahahahaha..

Aman
Apahal lak ko nak tunggu bawah pokok sama aku ngan Irfan. Jangan banyak alasan, panjat sekarang. Ops!. sebelum tu biar Irfan pakaikan rantai kat leher ko, takut ko terlepas nanti. Uk! Uk! Panjat sekarang. Nanti kitorang bagi upah makan kutu.. Wahahahaha.. (^_^)

faizul darius said...

kampung aku kat ulu langat, nape tak singgah? sungai tekali, lain kali singgah,

Kito said...

As'kom abg poyo..Meh jengok blog saya yng tak seberapa nih...Lama tak talking2 ngan abg poyo...Kalau bleh komen lah saya skit...

Shamsudin said...

wah betulkah encik poyo nak saya lukis 1 page untuk komik kecemprengman? sangt ter-honour nya sayaaaaaaa....wahh besst2...mekasih.

hahaha walauapapun, kecempreng yang original lagi best.....takde sape dapat lawan...hahaha....wah dah masuk volum ketiga ekk kecemprengmen...tahnian, mana tahu suatu hari nanti ada animasilah pulak! insyaAllah