Thursday, June 4, 2009

Kenangan Waktu Kanak-kanak

Aku sekarang menetap di Kuaters JKR Seksyen 17, Shah Alam. Jika korang nak tahu kat mana kuaters tu, sila layari google earth. Mesti korang jumpa kat mana kawasan kuaters aku tu. Tapi kalau korang masih tak dapat ditech jugak, sila minta bantuan pihak perisik tentera Amerika kerana mereka mempunyai peralatan yang canggih bagi mengesan sesuatu kedudukan melalui pengunaan setelit.

So semalam masa aku balik dari tempat kerja, terdapat sekumpulan budak-budak kecil bermain konda-kondi kat depan rumah aku. Bagi korang yang tak tahu apa itu permainan konda kondi, sila ambil buku telefon dan hempuk buku tu kat kepala korang sendiri. Aku malas nak terangkan secara teperinci pasal permainan konda-kondi ni pada korang tapi yang aku pasti sapa yang pernah main permainan ni, mesti dia kata best! (^_^)

Bila terlihat budak-budak tu main konda-kondi, teringat aku masa kecil-kecil dulu (hello! aku dulu pernah kecil tau, takdenya badan aku terus besar macam ni). Memang sesuatu kenangan yang terindah bila mengingati semula zaman kanak-kanak yang telah berlalu. Aku rindu sangat suasana bermain dengan rakan sebaya pada waktu itu. Antara permainan yang kami selalu main ialah konda-kondi. Harap dapat ulangi saat-saat istimewa itu. Tetapi secara tiba-tiba aku telah di sound....

Siot betul budak-budak ni. lepas ni aku takkan kasi diorang main konda-kondi kat depan kawasan rumah aku. Biar padan dengan muka korang. Huhuhu..

11 comments:

eMi mLi said...

Aku tak main konda-kondi.
Aku main galah panjang :D

Poyo said...

eMi...
Jom kita main kawen2..
(^_^)

faizul darius said...

dulu aku main masak-masak, kawin kawin, teng teng, congkak, main tukar tukar baju patung kertas. main nyorok-nyorok, main panjat2 gelunsur, main make up makeup, amik crayon make up kat muka. main polispolis, tangkap serangga, apa lagi ek..,pistol mercun, badminton, rugby, luncur ais, rock climbing,

pinkiss said...

aku main lompat getah. pastu kencing malam. hahaha..

meo188 said...

oh yeah... rindu gila ah ding dong maen konda kondi!!!

Shamsudin said...

dulu kecik suka main lego......sangt suka pasang lego dan buat robotlah dan bebanyak lagi...cam nak beli lak lega balik sekadar nak melepaskan gian....

Poyo said...

Faizul
Aku sangat cemburu dengan ko. Ko barulah layak digelar Raja Segala Permainan. Tentu banyak kesan dirotan emak ko kat badan akibat leka bermain sepanjang hari. (^_^)

Pinkiss
Kamu jangan risau, setiap kanak-kanak yang lahir di muka bumi ini pasti akan melalui pengalaman ter kencing malam seperti kamu. Wahahahaha..

meo188
Kalau berani, jom la kita lawan konda-kondi seround dua. Mesti best!

Poyo said...

Shamsudin
Pernah masa kecil minta arwah mak belikan lego. Memang arwah mak belikan. Tapi bukan lego, Arwah mak belikan aku teko.

Mungkin arwah mak salah dengar kot masa aku request time tu. Huhuhu..

Shamsudin said...

hehehe belikan teko? ohh makcik suruh encik poyo bancuh kopilahtuh kot!

Hariszzz said...

galah panjang n baling selipar is my faveret- enuf said :D

INDRA QIRANA said...

aku dulu main snuker..he he tak ahh aku mmg antara star dalam permainan konda kondi ni..memang aku jo yg leh tangap kayu tu sebelah tgn bagi mampuih satu team...he he meriak sekejap...polis entry pon aku teror tapi selalu sgt tersandung tu yg selalu kalah he he..ahh bestnya jadi kanak kanak..mainnnnn jo