Tuesday, March 16, 2010

Hidup Penuh Kezutan

Anda semua sukakan kezutan (kejutan) ? Aku pasti sesapa yang ada mengalami masalah jantung sure tak suka dengan kezutan. Tapi kali ini aku mahu bikin kezutan jugak. Buat pertama kalinya aku akan mempromosikan sebuah novel kepada korang semua. Selalunya aku promosi komik je, apa salahnya sekali-sekala kita tukar selera tekak. (^_^)

Sebuah karya Fathi Ramli yang berjudul My Honey Hani terbitan Karnadya Solutions. Sinopsis ceritanya bukan berkisahkan tentang dua ekor lebah yang hinggap di bunga matahari seperti yang tergambar di kulit cover novelnya. Ia tentang kisah cinta 2 insan yang berlainan latar belakang. Cerita touching-touching gitu. Kalau korang yang berjiwa drama korea, memang sesuai layan baca novel ini. Harganya RM 18.90 dan sudah berada di pasaran . Ayoh semua, mari kita sold outkan novel ini di serata kedai buku di seluruh Malaysia.

Satu lagi kezutan. Aku rasa belum pernah ada pelukis yang buat fan art untuk novel. Kebanyakannya buat fan art untuk komik. So aku pecahkan tradisi itu sekarang. Terimalah sebuah fan art untuk novel My Honey Hani. Hasil inspirasi serangga lebah di kulit cover aku tukarkan dalam bentuk kartun yang simple. Berceritakan tentang seekor lebah yang tergila-gilakan botol berisi madu berjenama My Honey Emi. Hahaha.. memang takde langsung berkaitan dengan sinopsis sebenar novel ini.

Di bawah ini pula bukan novel ye adik-adik semua. Ini komik hasil karya terbaru Encik Bop. Jika di Jepun popular dengan Ultraman, Encik Bop yang kreatif mencipta pula seorang lagi superhero baru yang diberi nama Ultra Qalif. Selepas ini jika anda memerlukan pertolongan ketika diganggu penjahat, Anda tidak perlu menjerit nama Superman, Batman mahupun Kecempreng Man untuk meminta tolong. Jerit sajalah nama Ulta Qalif, sure Ultra Qalif akan datang menyelamatkan anda ke jalan yang benar (^_^)

Ultra Qalif juga telah berada di pasaran. Jualannya cukup hebat seperti jualan album Faizal Tahir. Jika korang semua membeli komik beliau sekarang, tidak mustahil jualannya akan meningkat seperti jualan album Michael Jackson pula. Dengan itu, aku pun tanpa segan silu melukis sebuah fan art untuk Ultra Qalif. Sengaja aku kosongkan ruangan dialog di bawah untuk korang isi sendiri dengan sesuka hati.

3 comments:

Ilmar Imia said...

Saya suka! Nanti novel seterusnya, saya mintak publisher masukkan fan art encik Poyo ya :p

Adsha Amin. said...

lawa lah semua fan art tu!

*sedang memikirkan apa hendak diletak pada kotak kosong fan art #2

Poyo said...

Imia.. Wahahaha. Tak boleh sebab fan art ni bukan untuk dicetak di novel, tetapi ianya boleh dicetak di dalam hati sahaja. (^_^)

Adsha.. hehehe.. rasanya awak lagi lawa dari lukisan saya. (^_^)