Madrim, seorang buruh kasar, merasa dirinya bernasib paling malang di dunia. Hidupnya dikelilingi hutang dan isteri melarikan diri meninggalkan dia. Kawannya, Kadir, seorang penjaga mushola (Masjid/ Surau) menyarankan agar Madrim rajin solat. Madrim mengikut nasihat ini tapi nasibnya tak kunjung berubah. Sebuah peristiwa rompakan mengilhami Madrim. Dalam doanya ia mengancam Tuhan dan memberi tempoh waktu tiga hari. Jika doanya tidak terkabul, ia akan berpaling ke syaitan, ia akan murtad.
Pada hari ketiga, petir telah menyambar Madrim dan ia jatuh pengsan. Ia ditolong penduduk desa. Setelah sedar, Madrim mendapati dirinya memiliki kemampuan yang dapat mengetahui keberadaan seseorang hanya dengan melihat fotonya. “Kemampuan melihat” ini dimanfaatkan pihak Polis untuk menjejaki penjenayah. Puluhan penjenayah berjaya ditangkap hasil “petunjuk” Madrim.
Hal ini cukup meresahkan Tantra, seorang penjenayah kelas tinggi yang kaya-raya. Ia menculik Madrim dan menahannya di apartmen dengan memberinya gaji buta serta pengawalan yang ketat. Madrim pun hidup dengan mewah ketika itu. Madrim lagi sekali mengancam Tuhan agar ia dibebaskan dari “kemampuan melihat”-nya yang ternyata menyeksa dirinya. Kadir menduga, jangan-jangan “kemampuan melihat” itu bukan pemberian Tuhan, tapi pemberian syaitan. Maka Madrim pun “menggugat syaitan”.
Selepas itu Madrim mengalami koma. Setelah sedar, ia bukannya kehilangan kemampuan, tapi kemampuannya makin bertambah. Ia bukan saja boleh melihat gambaran seseorang saat ini, tapi juga gambaran di masa akan datang! Dalam tempoh singkat kekayaan Madrim meningkat. Tapi ia tak kunjung bahagia kerana dia masih tidak dapat menjejaki isterinya sendiri. Dia pun memohon pada Tuhan agar dipertemukan dengan isterinya.
9 comments:
Pehh!!! Mmg best! Nak pinjam dvd cap haram tu boleh? Hahaha
okey hero confirm tak ensem tp sebab gaya penceritaan ko yg poyo itu aku teringin nak tonton
owh...patut la doa ko 'mengancam' :p
menarik.
ermmmm...macam best gak crite ni....
Wanzu
Jangan kata yang cap haram,
yang cap halal pun aku
boleh bagi pinjam. wahahaha..
Belle
Walaupun muka Hero dia xsehensem
muka aku tapi dia menang pelakon lelaki terbaik filem Indonesia menerusi filem ni tau!
eMi
Kalau nak pikat gadis yg mengancam,
mestilah guna doa yang mengancam gak (^_^)hihihihi..
Faizul
Waa... sejak balik kursus induksi ni, ko komen pun pendek2 je ek faizul.. Da macam komanden kem latihan dah. wahahaha..
Mellmerah
Alaa.. da selalu sangat kita layan cerita barat, ape salahnya sekali-sekala kita layan citer indon lak..
eh bro aku tak gi induksi, dah lama dah gi aku gi kursus kumpulan inovatif kreatif (KIK), kalau terpilih projek yg dibentangkan, kumpulan itu layak ke Geneva, tapi sape nak gi sana sebab wabak H1N1.
aku dan rakan mewaikili jabatan kami. memang stress la kursus tu, nasib baik aku pandai melukis, so projek kami ada alat yang perlu di lukis, cam siot je kan, lebih siot time nak buat persembahan, yang dijuri oleh sapentah, tetiba je aku neves siallll
Hari raya tahun lalu saya melihat promo filem ini di beberapa stesen tv Indonesia. Sudah sampai di Malaysia rupanya. Hemmm...nak kena cari ni, sebagai buah tangan untuk adik-adik di kampung :)
Post a Comment