Wednesday, August 13, 2008

Kenduri Arwah


Malam tadi aku menghadiri kenduri arwah jiran sebelah rumah. Ramai juga Jemaah Masjid hadir kenduri yang berlangsung selepas Maghrib tu. Aku pun adalah nyibuk-nyibuk tolong susun kerusi dengan pasang khemah termasuk sekali jadi ahli jawatankuasa tetap mencuci pinggan mangkuk. Lepas kenduri, aku duduk termenung sorang-sorang dalam bilik aku. Teringat aku pada Arwah Mak dengan Arwah Abah.

Tu yang buat aku meleleh air mata. Sedih sangat tak dapat sambut kehadiran bulan Ramadhan nanti bersama-sama diorang. Aku doakan moga Arwah Mak dan Arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang hampir kepadaNYA. Al-Fatihah..



No comments: