Saturday, August 30, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi. Bulan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat islam. Mengikut maklumat terkini , 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008 ( tertakluk pada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Isalm, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Dalam bulan Ramadhan diwajibkan umat islam berpuasa. Berpuasa membawa maksud tidak boleh makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti berikut :

Makan dan minum dengan sengaja.

Bersetubuh dengan sengaja di siang hari.

Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut.

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya.

Bersalin.

Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.

Kedatangan haid bagi perempuan.

Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.

Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam pada bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.

No comments: