Aku selalu mengimpikan satu percutian yang best namun sehingga bulan Ogos 2008 ni, impian itu masih belum terlaksana. Sudah banyak kali aku cuba planing percutian dengan member-member rapat namun takde satu pun yang jadi. Ada saja problem yang menganggu.
So untuk meluahkan rasa kekecewaan tahap Dewa mengenai perkara percutian ini, aku masukkan isu percutian ni menjadi jalan cerita bagi Komik kecemprengMan 2. Ni salah satu page bagi adengan percutian di atas kapal mewah.
Target aku sebelum akhir tahun 2008 ni, sekurang-kurangnya aku akan merasai sekali percutian tak kira di mana-mana tempat dalam Malaysia ni. Aku nak lupakan kerja-kerja yang berlambak kat opis. Aku nak cuti... Aku nak cutiii!!!....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment