Sunday, August 31, 2008

Happy BirthDay Rina


Pada 1 haribulan September nanti, Seorang insan yang bernama Marina (Rina) akan menyambut ulang tahun hari tuanye yang ke **. Dia juga merupakan Makhluk Tuhan paling memahami diri aku. Statement tu dia sendiri yang keluarkan. Kadang-kadang memang dia sangat-sangat memahami diri aku. tapi ada time juga yang aku pulak langsung tak boleh memahami dirinya. Watever, She a good girl..
Aku bagi birthday present kek je kat dia kali ni. Aku tempah muffin kek 6 bijik. Aku nak dia makan semua kek tu. Biar badan dia berisi sikit macam Adibah Noor. wakakaka!!!
Banyak jugak cerita kelakar dan sedih sejak aku mengenali insan yang bernama Rina ni. Aku tak tahu sebanyak mana maklumat yang dia tahu tentang aku tapi bila dia mula bercerita mengenai aku. Mak Datuk! menakutkan siot! Ibarat aku ni membesar di depan mata dia. Macam-macam rahsia yang dia tahu pasal aku. Hahahaha...
Wish aku untuk dia, hope dia bahagia dengan jalan hidup yang dia pilih. But kadang-kala dia yang banyak bagi lampu penyuluh dalam hidup aku bila aku kegelapan. Picture kat atas tu aku rakam masa kitorang pergi Aquaria KLCC awal tahun ni.

Merdeka kah Aku?


Menjelang hari kemerdekaan negara kita yang ke 50 tahun, aku tertanya-tanya dengan nada terpinga-pinga. Adakah aku ini telah Merdeka? Sebenarnya aku sendiri tak tahu adakah aku ni telah merdeka atau tidak.
Tapi rasanya aku memang belum Merdeka. Jiwa aku yang sebenarnya belum merdeka. Aku masih tak mengerti erti sebenar merdeka serta batasnya kerana memahami nilai merdeka yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan yang diberikan kepada kita.
Kemerdekaan bukan sekadar mengantung bendera serta menyanyikan lagu-lagu patriotik. Pengertian Kemerdekaan itu harus dicari didalam hati kita. hahahah... Aku akan cuba memerdekakan diri aku selepas ini. Inilah cerita tentang aku yang bertajuk " Merdeka kah Aku?" Sekian, Terima kaceh..!

Saturday, August 30, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 9

Muahahaha.. Sehingga Artikal ini ditulis, Komik Kecempreng Man 2 hanya tinggal 39 page untuk disiapkan. Jari-jari tangan aku dah mula rasa kebas-kebas. I am Working mood now!

Di atas tu merupakan salah satu adengan pertarungan Kecempreng Man yang dah sampai tahap Dewa19. Di samping menyiapkan komik Kecempreng Man ni, aku dah start design Kad raya untuk dihantar kepada member-member ngan orang tersayang. Memang bizy tak ingat dunia la aku bulan ni. Hohoho..!!


Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi. Bulan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat islam. Mengikut maklumat terkini , 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008 ( tertakluk pada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Isalm, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Dalam bulan Ramadhan diwajibkan umat islam berpuasa. Berpuasa membawa maksud tidak boleh makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti berikut :

Makan dan minum dengan sengaja.

Bersetubuh dengan sengaja di siang hari.

Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut.

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya.

Bersalin.

Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.

Kedatangan haid bagi perempuan.

Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.

Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam pada bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.

Chelsea The Blues

Aku memang salah satu dari berjuta peminat Liga perdana Inggeris (EPL). Kelab kesayangan aku sudah tentu lah Chelsea. Aku mula menjadi peminat berani mati Team Chelsea setelah kelab itu diambil alih oleh Jutawan berwarganegara Rusia, Roman Abramovich. Bagi EPL musim 08/09 ni, The Blues bakal dikemudi oleh Luiz Felipe Scolari yang lebih terkenal dengan panggilan Big Phil.

Pada pendapat aku, Chelsea kali ini akan menjadi lebih mantap lagi seperti di bawah era pemerintahan Jose Mourinho. Dengan pembelian player baru dari Porto (Jose Bosingwa), Barcelona (Deco) dan yang terbaru Real Madrid (Robinho) dan penyingkiran player-player cap ayam seperti Steve Sidwell, Tal Ben Haim dan lain-lain akan membuat Jentera Serangan dan pertahanan menjadi lebih menarik dan bertenaga.

Dengan kejayaan memujuk Frank Lampard, Didier Drogba, Michael Essien dan Ricardo Carvalho untuk stay di Chelsea bakal mengundang perasaan gerun dari seteru mereka terutama Manchester United. Usaha untuk merampas kembali Piala Liga akan menjadi kenyataan sekiranya Chelsea dapat bermain sebagai satu pasukan yang kebal menyerap tekanan dari pihak lawan.

So aku memang mengharapkan chelsea dapat menyediakan corak permainan yang menghiburkan selain memenangi semula Piala Liga Perdana serta Piala Liga Juara-juara buat kali pertama.

Wednesday, August 20, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 8

Banyak sangat benda yang tak best berlaku pada aku dalam minggu ni. Terasa jugak sedikit tertekan dengan keadaan yang boleh buat aku rasa macam nak hilang kawalan diri. Tapi apa nak buat. Hidup kena teruskan.

Di atas tu adalah salah satu scene daripada Komik Kecempreng Man 2. Sampai masa ni, tinggal 43 page je lagi Komik Kecempreng Man bakal disiapkan. Aku kena kerja keras sikit bulan ni. Hope sebelum menjelang Raya nanti, semua kerja-kerja produksi Kecempreng Man 2 selesai sepenuhnya.

Sunday, August 17, 2008

MIRROR : Cerita Cermin Yang Seram


Filem Mirrors ni memang remake dari filem Into The Mirror. Producer Into The Mirror (Korea) jadi co-producer utk Mirrors ni. Director nya disandang oleh Alexandre Aja yang pernah mengarah filem The Hills Have Eyes.
Menurut cerita member aku yang dah tonton filem ni, tujuh hingga lapan kali jugak la jantung dia terhenti berdenyut. Nasib baik tak meninggal dunia member aku kat dalam panggung wayang tu. Dia kata banyak adengan yang boleh bikin kaget dan berjaya membuatkan hidupnya menjadi fobia melihat cermin lepas tonton filem ni.
Tapi member aku tu memang jenis penakut pun. Filem Zombie Kampung Pisang yang kelakar tu pun dia boleh kata seram sampai nak pergi bilik air opis mintak aku temankan. Kalau korang nak tahu seram ke tak movie ni, Jom la kita sama-sama beli tiket wayang layan movie ni.

Thursday, August 14, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 7

Aku selalu mengimpikan satu percutian yang best namun sehingga bulan Ogos 2008 ni, impian itu masih belum terlaksana. Sudah banyak kali aku cuba planing percutian dengan member-member rapat namun takde satu pun yang jadi. Ada saja problem yang menganggu.

So untuk meluahkan rasa kekecewaan tahap Dewa mengenai perkara percutian ini, aku masukkan isu percutian ni menjadi jalan cerita bagi Komik kecemprengMan 2. Ni salah satu page bagi adengan percutian di atas kapal mewah.

Target aku sebelum akhir tahun 2008 ni, sekurang-kurangnya aku akan merasai sekali percutian tak kira di mana-mana tempat dalam Malaysia ni. Aku nak lupakan kerja-kerja yang berlambak kat opis. Aku nak cuti... Aku nak cutiii!!!....

Wednesday, August 13, 2008

Kenduri Arwah


Malam tadi aku menghadiri kenduri arwah jiran sebelah rumah. Ramai juga Jemaah Masjid hadir kenduri yang berlangsung selepas Maghrib tu. Aku pun adalah nyibuk-nyibuk tolong susun kerusi dengan pasang khemah termasuk sekali jadi ahli jawatankuasa tetap mencuci pinggan mangkuk. Lepas kenduri, aku duduk termenung sorang-sorang dalam bilik aku. Teringat aku pada Arwah Mak dengan Arwah Abah.

Tu yang buat aku meleleh air mata. Sedih sangat tak dapat sambut kehadiran bulan Ramadhan nanti bersama-sama diorang. Aku doakan moga Arwah Mak dan Arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang hampir kepadaNYA. Al-Fatihah..



Tuesday, August 12, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 Part 6

Ni design untuk tujuan promosi KecemprengMan no. 2 nanti. Aku buat simple je. Sekarang ni tengah perah otak nak fikir design cover pulak. Hari ni merupakan hari yang agak malang bagi aku. kaki kanan aku terseliut. Jalan pun dah tak stabil dah.. Tapi kalau jalan depan awek kena la cover-cover sikit. Hahahaha.... kat opis pun bizy jugak. Department aku baru lepas kena lawatan audit dari Jabatan Kewangan Negeri. So banyak la kerja susulan kena buat.

Saturday, August 9, 2008

Umbut The Legend

Umbut atau nama sebenarnye Abu Bakar bin Abdullah dilahirkan pada 8 April 19** di Bukit Merah, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan merupakan insan yang bertanggungjawab mencampak aku ke lembah melukis kartun (korang ingat lembah maksiat ke?). Bagi aku jalan hidupnye selama bergelar kartunis dah boleh dibuat drama bersiri macam drama bersiri Sinderella mahupun drama indonesia Bawang Putih Bawang Merah. Penuh suka dan duka beb!

Aku banyak belajar dari pengalaman yang dapat aku lihat dari cara Beliau berkerja. Prinsip kerja beliau buat aku kagum walaupun beliau tidak memiliki pendidikan yang tinggi. Tiada erti mudah putus asa serta sikap suka berterus terang tambah lagi sikap terpuji merendah diri buat ramai orang di sekeliling beliau terasa selesa bila berbual dengan nye.

Buku Teknik Melukis Kartun & Komik yang dihasilkan oleh Beliau bersama Junuh pada tahun 2006 telah menghasilkan lebih ramai lagi generasi pelapis dalam industri kartunis melalui bengkel-bengkel melukis kartun yang Beliau kelolakan.

Kalau nak cerita pasal Umbut ni, aku rasa sampai hari ke 3 raya cina tahun depan pun belum tentu nak habis. Yang aku nak cerita tentang Novel Grafik terbaru yang Beliau telah hasilkan berjudul ''Surat Untuk Raihanah'' mengalami masalah untuk diterbitkan merupakan salah satu lagi episod duka dalam hidup Beliau.

Walau banyak mana duka pun dalam hidup Beliau langsung tak dilahirkan secara zahir malah Beliau kelihatan lebih bersemangat memajukan diri dalam bidang yang diceburi. Kat sini juga aku nak sampaikan ucapan terima kasih aku pada Beliau atas tunjuk ajar dan sokongan ikhlas membantu aku mengubah mimpi menjadi kenyataan. Thank Bro!

8 Haribulan 8 Tahun 08 (08/08/08)





Hari ini memang salah satu tarikh yang mencatatkan sejarah. Hampir keseluruhan juru nikah ( kalau dulu di panggil Tok Kadi ) seluruh Malaysia berpeluh tapak tangan pergi menikahkan orang. Ni aku pamerkan sebahagian gambar majlis pernikahan yang dapat aku snap kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam. Sebanyak 18 majlis pernikahan telah dilangsungkan kat Masjid ni. Hampir separuh permohanan untuk bernikah di dalam masjid ini terpaksa di tolak. Ramai sangat orang Malaysia yang nak pilih tarikh cantik (08/08/08) bagi menamatkan zaman bujang mereka..







Friday, August 8, 2008

Sekadar Berkongsi Maklumat

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, August 7, 2008

The Making Of Kecempreng Man 2 : Part 5

Ketibaan bulan Ogos dibanjiri dengan kerja-kerja opis yang makin bertambah macam tanpa penghujungnya. Walau sesibuk mana pun kerja yang diterima, tugas menyiapkan Komik Kecempreng Man mesti diteruskan. Tapi satu je tabiat aku yang agak sukar untuk diubah buat masa sekarang. Aku melukis mengikut mood. kalau mood aku bagus, berkeping-keping la aku melukis, Bila tiba time aku takde mood, langsung aku tak sentuh pen pun. Maka maafkan la aku jikalau Komik Kecempreng Man ni lewat keluar di pasaran. Hehehehehe....

Tuesday, August 5, 2008

Komik Buat Remaja Kita Ganas?

Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 26 Julai 2008 berkisar tentang temubual bersama pelukis komik Liga Pendekar (Azhar Abdullah) dan komik TWINX (Pac) mengenai pandangan kedua-dua pelukis komik tersebut berkenaan senario komik tanah air dan latar belakang pengkaryaan masing-masing dalam bidang ini.

Lepas baca keratan akbar ni, terasa nak bertukar menjadi Kecempreng Man pun ade. Berani diorang tak ajak aku join sekali masa sesi temuramah tu. Kalau tak, mesti muka aku pun ada terselit kat gambar tu.. Ar Ar Ar...

Aku pun sependapat dengan Saudara Azhar yang begitu lantang menyatakan perlakuan ganas remaja masakini lebih banyak dipengaruhi dari kelemahan didikan serta penjagaan dari pihak keluarga serta masyarakat. Semua yang ada disekeliling kita memang boleh mempengaruhi cara kita bertindak. So tak adil la menuduh hanya pengaruh dari komik saja boleh membawa kesan buruk kepada remaja kita.

Selamat Pengantin Baru Bro!

2 haribulan Ogos yang lepas, member satu opis dengan aku telah menamatkan zaman teruna nya yang telah dipertahankan sejak dari kecil. Khairul Azli Bin Serman tersenyum bangga (senyum penuh makna tu) di saat mengoncang tangan juru nikah yang berlangsung indah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama pasangan hidupnya Adrina Binti Ahmadiah. So aku mewakili family MSSAAS mendoakan mereka berdua bahagia hingga ke anak cucu cicit.

Monday, August 4, 2008

Pesta Buku Selangor 2008 So Heppening

Bermula 25 Julai hingga 3 Ogos 2008 yang lepas, bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam telah berlangsung program Pesta Buku Selangor. Ramai gak pengunjung yang turun masa hari terakhir pameran tu. Aku pun ada join gak kat booth PTS masa hari terakhir tu.

Ni gambar Saudara Azhar (Liga Pendekar) dengan konfiden melukis gambar sistem saraf manusia untuk memenuhi kehendak salah seorang peminat komik dia. komik Liga Pendekar laris banget macam DVD cetak rompak movie The Dark Knight. Caya la!..

Kat sana gak ada sessi borak-borak atas pentas pasal komik. Riuh sungguh atas pentas masa tu. Tahniah la pada team Pekomik. Ni je sempat aku ambil gambar masa pameran tu. Gambar lain semua dalam kamera orang lain.