Tengah aku rajin mengemas almari buku di dalam bilik aku,terjumpa pulak beberapa keping lukisan kartun yang dulunya aku pernah kirimkan ke Harian Metro. Peh! aku cukup rindu dengan suasana ketika itu. kartun aku disiarkan di akhbar tersebut sebanyak 2 atau 3 kali dalam tempoh seminggu.
Cerita pasal rindu ni mengingatkan aku pada miss call yang aku terima lewat malam tadi. Miss call dari manusia yang memang aku rindu sangat. Seriusly aku rindu sangat kat dia. kalau la aku dapat jumpa dengan dia, mesti aku peluk tubuh dia erat-erat dan selepas itu ibunya yang berada di Pahang akan datang ke Shah Alam dan mem back hand tengkuk aku kerana suka-suka hati je aku peluk anak dara dia. Heheheh..
Aku pun tak tahu kenapa dia miss call aku, mungkin dia pun rindu kat aku macam aku rindu kat dia kot. Kalau difikirkan, hubungan aku dengan dia ni mistikus sikit. Macam hubungan watak Mashiro denngan Azuki dalam komik Bakuman pasal aku pun de buat satu perjanjian dengan dia. Yang pentingnya aku memang rindukan dia sangat-sangat sampai aku tengok muka orang lain pun leh terbayangkan muka dia. Huhuhu!.. Rosak betul la aku ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment