Monday, January 26, 2009

Liverpool Juara EPL 2008/2009?


Aku sempat membaca Akhbar Harian Metro pagi ini dan sebuah artikal di bahagian sukannya telah menarik perhatian aku.

LONDON: Liverpool mempunyai “segala yang mereka perlukan” untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, menurut bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini mengendalikan Inter Milan.

Pasukan Reds, bimbingan Rafael Benitez berada di tempat kedua liga, berkongsi mata dengan pendahulu Manchester United tetapi ketinggalan menerusi perbezaan gol dan baki satu perlawanan.Biarpun dengan kedudukan teguh dalam memburu gelaran itu, Liverpool sering mensia-siakan mata di tempat sendiri ketika berdepan pasukan bukan pilihan musim ini, tetapi Mourinho yang kini pengurus Inter Milan percaya mereka masih terus mampu untuk menjadi pencabar gelaran itu.

“Menyaksikan Liverpool musim ini adalah sesuatu yang menyeronokkan,” menurut Mourinho dalam catatannya di Sunday Telegraph. “Saya fikir mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk memenangi gelaran itu”.

Well Mr. Mourinho, kadang-kadang aku rasa ada betulnya apa yang kau katakan itu.

No comments: