Saturday, January 24, 2009

Outlander

Aku berkesempatan menonton sebuah filem arahan Howard McCain (pengarah bagi filem Underworld : Rise of the Lycans yang sedang ditayangkan kat pawagam sekarang). Filem ni dikatakan sebagai gabungan filem Braveheart dan Highlander. Aku rasa filem ni boleh di ketogeri sebagai filem Epik fantasi.

Dibarisi Pelakon James Caviezel ("The Passion of the Christ", "Highwaymen", "The Thin Red Line", "GI Jane", "The Rock", "My Private Idaho"), Sophia Myles ("Underworld", "Tristan + Isolde", "Moonlight") dan Ron Perlman yang tentunya korang kenal kerana mamat ni adalah pelakon Filem "Hellboy".

Kisahnya bermula apabila sebuah kapal angkasa terhempas di kawasan Norway sewaktu zaman Viking sedang memerintah. Bersama-sama kapal angkasa tersebut adalah seorang tentera bernama Kainan dan tahanannya, seekor makhluk ganas bernama Moorwen. Moorwen telah terlepas dari tahanan dan membunuh puak Viking yang ditemuinya.

Kainan telah membuat pakatan bersama-sama pahlawan Viking. Dengan teknologi dari angkasa lepas bersama pedang dan kapak, Kainan berpadu tenaga dengan pahlawan-pahlawan Viking memburu Moorwen untuk menghapuskannya, sebelum ia menghapuskan mereka.

Layan gak jalan cite ni. Kalau korang ni memang jenis makhluk Tuhan yang suka cerita-cerita pasal pahlawan Viking dan juga suka tengok alien mahupun Monster yang cool dan ganas. Aku suggest ni Filem yang patut korang tengok. Gempak beb!




No comments: