Saturday, January 17, 2009

KIJIYA By Zint

Aku baru beli Komik terbaru karya Zint, sorang pelukis komik berbangsa cina warganegara Malaysia yang aku minati. Kenapa aku minat Zint? kerana dia banyak melahirkan idea-idea yang kreatif dan selalunya di luar jangkaan. Aku anggap dia sebagai sorang dari pelukis komik yang patut aku contohi.
Komik Kijiya berlatar belakangkan bumi selepas bencana alam yang telah mengundang kemunculan pelesit untuk mengganggu-gugat ketenteraman umat manusia. Manusia yang mempunyai kuasa sihir dan keupayaan istemewa bergabung serta membentuk satu kuasa untuk menghapuskan musuh yang bangkit dari dunia gelap. Kijiya dan rakan-rakannya adalah pelajar ahli sihir dari Sekolah 0109 dan mereka merupakan tunjang harapan masa depan untuk melawan segala anasir jahat pelesit.




2 comments:

ieda said...

ohh setuju.
when zint secnd kuar ah?
excited,tasabr xD

D a r k A c e said...

aku ingat blog ni utk mndwnld komik..huhu sia2 jer msk....