Tuan-tuan dan puan-puan, dengan bangganya kami mempersembahkan secara eklusif The making Of Herol Izwan. Pak! Pak!Pak! (bunyi orang bertepuk tangan)
Kali ini aku nak kongsi feeling ketika aku menyiapkan page pertarungan Kecempreng Man dengan seorang penjahat berperwatakan tukang masak. Aku melukis page ini kira-kira pukul 2 pagi dengan bertemankan lagu MP3 yang terdapat didalam handset aku. Pagi itu memang sejuk. Ditambahkan lagi hujan gerimis yang mencurah turun. Bunyi lolongan anjing sayup-sayup kedengaran bagai ingin memberitahu anjing tu pun merasa kesejukan macam aku gak. Kesian anjing tu...
Aku teruskan usaha menyiapkan page ini sebelum mata aku tertutup rapat gara-gara rasa mengantuk yang amat sangat. Tiba-tiba irama laguku untukmu nyanyian band Meet Uncle Hussain berkumandang di cuping telingaku. Aku mula terasa bersemangat semula. Rasa mengantuk yang amat tadi telah menghilang entah ke mana. Akhirnya aku berjaya menyiapkan page ini diiringi magic muzik dari Meet Uncle Hussain.
Tahniah Meet Uncle Hussain sebab korang memang layak menang AJL ahad lepas sebab live korang malam tu memang Superb!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
anjing menyalak pepagi buta menunjukkan die nampak hantu.. hahahahak.. sentiasa la jenguk2 tingkap ek.. supaya kalo ternampak tuh leh terus tido..
hari tuha ku tanye wanzu pasal herol izwan hang.. katenyer tuh kecemprengman 3.. btol ker??
Ade gak 2,3 kejadian suspen sepanjang aku melukis d tgh mlm kat kuaters tempat aku tinggal ni.
Kekadang bediri gak bulu tengkuk termasuk bulu dada aku bila aku syok melukis, tetiba ada org panggil nama aku tengah2 mlm.
Aku da story secara lisan sinopsis citer Herol Izwan ni kat WanZu. Mungkin dia xpaham atau aku yg xpandai nak cerita kat dia. Keh..Keh..Keh.. Tapi alhamdulillah, dia kata ok je sinopsis yg aku citer kat dia.
Pembikinan Kecempreng Man3 akan bermula setelah siap Herol Izwan.
Kali ni Kecempreng Man akan beraksi di kawasan bersalji lak..
pergh...kagum ar dgn br.poyo... blh tahan pagi keje, malam lukis komik.. aman sendiri kenkadang tertidor tgn pegang pensil atas meja study...err..
haha,neway, skang herol izwan dah siap brapa pages?? oh,dan tertanya2 jugak.. siapakah herol izwan itu..?? hmmm...hanya kecemprengman saja yg nmpak.. hmmm..
dimanakah kamu wahai herol izwan..??
*cari2*
Sekarang ni dah siap sampai bab no.2(36page). Tengah masuk bab no.3 lak.
Sambil2 tu tgh create watak penjahat utk komik Kecempreng Man3 nanti.
sambil tu gak tengah siapkan sinopsis komik akan datang. title dia "Koloni karipap"
(T_T)
pergh...laju tu lukis.. dah 36 pages.. chaiyok2~!
hmm...cmner ek.. nak disiplin diri utk komitmen wat komik nih... kalau aman tgh lukis2 pun leh tertidor.. adoiii... ehh?? koloni karipap?? sedap je bunyi. haha~! gud luck~! neway,sblm lukis komik, mmg ada buat draft seluruh pages dlu ke?? then br start lukis?
Aman,
Seriusly aku ni xpenah masuk mana2 kelas blajar melukis, ambik art n design kat universiti mahupun kolej swasta pun xpernah.
aku byk belajar dgn membaca dr komik org len. pas2 dapat sikit tunjuk ajar dr kartunis Umbut.
So aku xpernah blajar wat draf2 b4 lukis, create kerekter, wat tum nel ngan memacam teknik lukis komik.
Aku main belasah je. aku draf segala yang nak wat atas kertas tu lam kepala otak je. Aku selalu wat keja xikut planing. Contoh cam kecempreng Man 2. kalau ikut draf asal, ending citer dia lain sikit daripada aku yg aku dah lukis. Ni la cara aku melukis.
Tu pasal kalau de orang nak tanya or belajar ngan aku, aku suruh diorang cari org len pasal aku ni xbagus.
Sebab tu aku salute abis ngan korang yg muda2 ni melukis pasal korang blajar melukis komik yang betul xmacam aku. Heh..
Post a Comment