Pernah tak korang bayangkan ketika korang berada di sekolah dan dalam rombongan bersama rakan sekelas korang, pastu korang dan rakan-rakan korang secara tanpa sedar dipaksa menyertai satu 'survival program yang berkonsepkan 'Last Man Standing'? Ya... Korang terpaksa membunuh kesemua rakan sekelas korang hanya untuk pulang kembali ke rumah. Filem yang penuh kontroversi ini ditayangkan pada tahun 2000. Ia menggambarkan pada masa tersebut orang dewasa mula berasa takut dengan gejala sosial remaja yang semakin ganas dan sukar dikawal.
Sebab tu kerajaan Jepun telah mencipta satu akta bertujuan untuk 'mengurangkan' remaja bermasalah ini dengan menghantar mereka ke suatu program yang dinamakan Battle Royale. Setiap tahun satu kelas dari seluruh Jepun akan dipilih (tanpa pengetahuan pelajar) untuk menyertai program tersebut. Peserta dipakaikan (juga tanpa sedar) rantai yang mempunyai bom jangka dan diberi masa 72 jam untuk memenangi program tersebut. Jika tiada pemenang selepas masa yang diberikan rantai yang disematkan ke leher mereka akan meletup (Peh! Part ni yang aku tak tahan nak tengok). Program didahulukan dengan penerangan secara rakaman video oleh penyampai yang cantik, comel dengan cara yang menghiburkan.
Mereka ditempatkan di sebuah pulau sebesar 10km yang dikosongkan dan jauh dari orang ramai untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Peserta juga dibekalkan 'survival kit' bersama-sama senjata yang diberi secara rawak, kerana ada pelajar yang hanya mendapat tutup periuk, teropong juga senapang automatik bergantung kepada nasib mereka sebagai senjata. Dalam masa 6 jam pertama selepas program dimulakan 14 orang peserta maut dalam usaha mereka untuk pulang ke rumah. Ending ceritanya kalau korang nak tahu, cari la DVD filem ni dan tonton la sendiri. HeHeHe..
Dah banyak kali aku tengok filem ni tapi still aku dapat rasa feel macam kali pertama aku tengok filem ni gak. Rasa saiko beb!
Dah banyak kali aku tengok filem ni tapi still aku dapat rasa feel macam kali pertama aku tengok filem ni gak. Rasa saiko beb!
4 comments:
pergh...citerni mmg best~! yg Battle Royale 2 pun best gak. coz diorg rapat. tp ngeri la kalau betul2 akta ni wujud.. huhu..
Lepas tgk cite Battle Royale, time aku tido sampai termimpi-mimpi scene rantai yang meletop kat leher tu.
Huih!sib baik masa aku sekolah menengah dulu, kelas aku xterpilih join Battle Royale..
HeHeHe!! kalau tak, habih la member-member satu kelas aku bunuh. Tu pun kalau aku sempat bunuh la. Silap haribulan, aku yang kena bunuh dulu kot!
errr...kira mmg sanggup membunuh kah?? haha
kalau aman,maybe dah kena bunuh awal2 dgn CIKGU sebab cuba nak lari.. huhuhu...
atau pun..tit..tit..tit... BOOOMM~!
--nasib rantai dia ada timing.. kira sempat la nak mengucap ye tak.. haha
aku cek2 balik pc aku tadi.. terjumpe lak satu satu dlm koleksi manga yg byk2 nih citer battle royal..
teringat psl blog abg poyo nih.. peh.. ceriter dier seram giler.. tatau la mane lagi besh manga atau movie nih tapi yg aku tau mmg seram.. hahak..
Post a Comment