Monday, January 12, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 4

Penampilan istimewa Kecempreng Man dalam komik Herol Izwan memang sengaja aku rancang awal-awal. mesti korang akan berteriak " tak boring ke asyik lukis Kecempreng Man?"
Hmmrrp!! mestilah boring sampai tahap nak memuntahkan pundi kencing bila aku melukisnya. Tapi untuk komik Herol Izwan ni, Kecempreng Man mesti diselitkan jugak sebab ia banyak membantu dan menguatkan jalan cerita komik ni.

Tadi aku sempat singgah ke Opis PTS di Wangsa Malawati. Sambil bawa Page Komik Herol Izwan yang dah siap untuk dinilai oleh Encik Editor Wan Zu. Sambil tu aku risik-risik gak perkembangan Komik Kecempreng man 2. Alhamdulillah, tengah proses layout sekarang ni. Bedebar-debar gak tunggu Kecempreng Man 2 nak masuk pasaran. Wanzu kata Insya Allah Komik kecempreng Man 2 akan masuk pasaran sama dengan Komik TwinX 2.

6 comments:

Aman Wan said...

wah~! macam baca preview page komik One Piece lak. haha. neway,nmpak best~! siap ada kecemprengman buat cameo tu..! syok~!

kiranya,kecemprengman ni mmg jadi karater sampingan utk Herol Izwan atau just gimik utk awal komik jer?? best gak kalau Kecemprengman jadi salah seorg watak dlm komik. hehe..macam Disgaea.

neway,gud luck~! x sabar nak tunggu~!

Poyo said...

Hehehe..
aku memang salah seorg dari berbillion makhluk bumi yang meminati komik One Piece.
I Lov Luffy!

Skrg ni aku tengah fikir pe lagi gimik2 yang boleh aku balun dlm komik ni..

Aman, pe cite ko skrg?

Aman Wan said...

hoho,samalah~! peminat zoro~! yosh~! wah,best2. suka gimik n cameo. hehe.

oh,aman masih menghantar proposal pada wanzu. huhu.. tp sebab masalah assignment n projek studio, jadi tergendala sekejap.. tapi aman dah pun hantar design baru tak sampai 5 minit masa aman tgh taip msg ni. hahaha..

doakan wanzu terima komik kuu..huhu

Poyo said...

Masa lepak ngan WanZu ari tu, dia de tunjuk kat aku beberapa artwork yang korang2 semua ni antar kat komik-M bikin aku rasa cam kecik je kalau berbanding dengan korang.

Aku dapat tgh artwork sorang budak tu lukisan dia ada iras-iras Obata Takeshi (Bakuman,Death Note). Terkejut aku..

Rata-rata yang antar kat Komik M ni power2 la tp mayb sebelum ni diorang xde tempat nak tunjuk bakat diorang ni.

Pastu sempat gak tgk komik TwinX 2 (Pac). Mamat Pac ni lukis da mcm akitek perancang bandar dah. Detail ngan halus gile design bangunan dia lukis.

Dahsyat2 la talent budak zaman sekarang ni.

Aman Wan said...

oh,yeke?? kiranya ramai jugak la ek yang hantar komik kat sana.. bagus2~! x heran la wanzu nak lantik penerbit baru.. hoho..

hmm...aman pun insyaallah dlm minggu depan nak pegi ofis pts. (dekat je ngan uia..) tp tatau kalau sabtu n ahad dia bukak ke tak.. hmm.. lagipun, masih tak lukis sample page utk tunjuk..

pergh,br.poyo.. jgn rasa2 kecik, lain org lain pandangan. hehe, kalau aman sendiri, aman lebih suka pada komik yg simple,n cute. termasuk la si kecemprengman itu.. hahaha.. yg penting, jalan cerita mmg mahsyuk~ ^^

---oleh sebab selalu bercerita kat kawan2 pasal komik m, diorg sumer skang panggil aman, "si kecempreng.." errr..

Poyo said...

Okey la tu. t mintak la kat Wanzu tengok artwork2 bebudak lain yang antar kat Komik-M.

Aku suka tengok komik lukisan bebudak lain coz benda tu ley naikkan tahap motivasi lam diri sendiri utk buat yang lebih baik dari pe yang aku tengah buat sekarang.