Friday, March 27, 2009

My First Time...

Seriusly aku memang tak pernah main Bowling. Tetapi disebabkan tidak mahu menghampakan hati seorang sahabat, aku gagahkan juga menemani beliau bermain bowling walaupun aku tahu sesuatu yang buruk akan berlaku.. Aku tak sangka se cap ayam-cap ayam aku ni pun, balingan pertama yang aku buat berjaya menjatuhkan ke sepuluh-sepuluh pin. Strike Beb! Baru aku sedar, rupa-rupanya senang je main bowling ni.. Bisik hati kecilku dengan nada sedikit ego dan bongkak. Kalau aku tahu la senang macam ni, sejak darjah 4 lagi aku dah start main bowling. Wahahaha..!

Tapi betul la kata orang dulu-dulu, Melayu ni kalau dah maju sikit, dah pandai sikit, mula lah bongkak. Balingan aku yang seterusnya banyak membantu cleaner-cleaner kat pusat Bowling tu tak payah susah-susah sapu longkang sebab bola bowling yang aku baling tu dah berjaya bersihkan longkang-longkang tersebut. Hehehe.. Tak cukup dengan itu, balingan aku yang ke-7 entah macam mana aku boleh terbuat bola bowling tu melompat-lompat dan terus melompat ke lane sebelah sudah cukup buat tokey pusat bowling tu akan ingat nama aku sampai dia mati.. (^_^)

4 comments:

eMi mLi said...

aku tak reti main bowling & tak suka main bowling so klu org ajak main bowling mmg awal2 aku dah tolak sbab aku rasa ianya suatu pembaziran. Byr sje tp x reti main. Tak ke bazir namanya? Huhu

Poyo said...

Emi,
rupanya kau dan aku
satu persatuan..

PERSATUAN ORANG-ORANG TAK RETI
MAIN BOWLING..

v(^_^)v

i.am.belle said...

hahaha funny bunny xD

dah lama tak main bowling. kalau ramai best kan.

Poyo said...

Belle

Kalau ramai2 nanti aku takut
ada yg tercedera parah terkena
bola bowling yg aku baling nanti
(^_^)