Tuesday, March 24, 2009

Semalam Baru Cukur, Hari Ni Dah Tumbuh Balik!

Rakan sepejabat aku yang bernama Natratul Faezah atau panggilan Glamour nya OJA, sering merungut pada aku tentang betapa beruntungnya aku menjadi seorang lelaki. Jadi perempuan leceh katanya.

Tambahnya lagi, kalau jadi perempuan mesti kena pandai pakai mekap, pakai lipstik, pakai maskara, kalau pakai stokin lak kena pakai stokin nipis yang panjang sampai ke pangkal peha, pastu ada pulak time period tiap-tiap bulan, kalau pakai baju lak, lelaki pakai 1 baju je. Tapi perempuan kena pakai 2 baju dan macam-macam lagi perbandingan yang dia buat bagi menggambarkan betapa lecehnya menjadi seorang perempuan.

Aku rasa si Oja ni tak sedar bahawa menjadi seorang lelaki pun ada jugak perkara leceh. Contoh perkara leceh yang aku hadapi sepanjang aku menjadi seorang lelaki ialah mencukur jambang dan misai. Baru je pagi semalam aku cukur, petang ni dah tumbuh balik. Tension aku!.. Rasa rimas bila muka ditumbuhi bulu-bulu halus. Kadang-kadang tu aku rasa macam muka aku dipenuhi duri-duri pokok kaktus.. Tak suka-tak suka!..

7 comments:

Aman Wan said...

hahaha...dia mcm pokok la..
kalau kecik,disiram air, akan tumbuh semula.. jadi,nasihat ikhlas, jgn hentikan siram air...

dgn kata laen, jgn mandi....

ok?

Poyo said...

Kalau xsiram, kering la muka aku.. Nanti xhensem la muka aku cam Takuya Kimura.. Hahaha

wei.. Apsal tak up-date blog
ko?
da berabuk aku tengok, banyak sarang labah2.. Alien pun ada 2,3 ekor aku tgk kat blog ko.. kasi kemas la.. (^_^)

alifstyle said...

Kau simpan la jambang tu... pasti nampak macam M.Nasir.

Aman Wan said...

hohoho,takuya kimura sebab dia x siram la br dpt muka jambu cmtu.. haaa..

hah,blog aku akan di update dlm masa terdekat nih.. huhu.. minggu ni final submittion utk final projek.. jadi aku x balik2 bilik pun.. da berjambang duk dlm studio wat keje drawing.. wuuuwuuu.. nak tidooo~

Poyo said...

Tan Sri Dato' Paduka duli Yang Maha Mulia Alif,
Kalau aku da macam M. Nasir, sure aku ajak ko nyanyi lagu ghazal untuk Rabiah. Ko nyanyi part Jamal nyanyi ek!

Aman,
Walaupun sesibuk mana pun ko ngan final projek ko tu, ko still kena cukur jambang kat muka ko. Takut bila ko balik rumah t, mak ayah ko ingat orang Pakistan mana datang nak jual kapet lak.. haru Beb!

Fazl said...

"kalau jadi perempuan mesti kena pandai pakai mekap, pakai lipstik, pakai maskara, kalau pakai stokin lak kena pakai stokin nipis yang panjang sampai ke pangkal peha"

smua benda ni aku tak buat so adakah aku bukan perempuan? :D

Poyo said...

xkira la xpandai pakai mekap, xsuka pakai stokin nipis yang
panjang, xpakai baju cermin mata, kalau duduk kaki terngangga or whatever..

bagi aku yang menampakkan ciri2 seorg wanita tu
sebenarnya kelembutan yg lahir dari dalam hati.. That right?