Monday, March 16, 2009
Aku Benci Nyamuk
Aku benci nyamuk..! Walaupun ia berbadan kecil dan beratnya hanya 2 hingga 2.5mg, tetapi gigitan manjanya sering buat aku hilang sabar lalu ingin bertukar menjadi Gaban. Kandungan darah dalam badan aku yang kiut ni sering berkurangan akibat aktiviti nyamuk yang tidak bermoral itu.
Walaupun pihak Jabatan Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran sering melakukan aktiviti penyemburan asap di area kawasan kediaman aku, namun bilangan nyamuk semakin hari semakin banyak. Mungkin nyamuk-nyamuk di kawasan aku sudah pandai memakai topeng dan mengamalkan program merancang keluarga dengan jayanya. Sebab itu bilangan mereka bertambah banyak. Aku pun tak tahu macam mana nak bunuh nyamuk-nyamuk ni.
"Ala.. Senang je nak bunuh nyamuk ni", kata adik sedara aku.
"Macammana caranya?", tanya aku dengan penuh minat.
"Mula-mula kita tangkap nyamuk tu, Lepas tu kita bukak mulut dia. kita tuang ubat nyamuk ke, racun ke dalam mulut dia. Tak sampai 1 minit, mesti nyamuk tu akan mengelupur dan mati dalam keadaan penuh kesengsaraan," Jawab adik sedara aku dengan penuh konfiden.
"Mungkin adik sedara aku pun nak mengalami kesengsaraan macam nyamuk tu kot'" kata ku dalam hati sambil melakukan Smack Down ala-ala Batista ke atas adik sedara aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
aku : aku pun ade care camner nak bunuh nyamuk..~!!
poyo : iyer ker..?? camner plak tuh..??
aku: kalo nampak nyamuk menghisap darah kite... kite hisap darah die balik.. takder la darah kite terkurang.. huhu..
brader poyo akhirnyer ketawa dalam resah dan kesayuan... hahahahahahahhahaha...
Hahaha!!.. Irfan,
Bernas idea ko tu.
sebagai tanda terima kasih,
aku hadiahkan 4 ekor bangkai nyamuk
yang baru aku bunuh malam tadi special untuk koleksi peribadi ko.
ini cara terbaru yang aku temui dalam sebuah journal perubatan. Cara-cara membunuh nyamuk paling berkesan dan efektif.
Minum racun yang boloeh membunuh nyamuk. Racun itu akan menjalar ke seluruh sistem saluran darah. So bila nyamuk gigit kita, nyamuk pun akan mati la kan.
Kita pun lepas tu akan mati gak akhirnya, takdelah rasa sengsara kena gigit nyamuk, cam gila tak?
aku tak nak hadiah bangkai nyamuk, aku nak liyana jasmay...
faizul, ko nak Liyana Jasmay ye..
Aku boleh bagi tapi aku xpasti la
Liyana Jasmay nak kat ko tak..
Wahahaha (^_*)
dak liyana tu nak tu, cuma risau aku rejek dia je....
Faizul,
Sesuke je ko nak rejek Liyana jasmay tu. ko ingat ni rejek Shop ke ape.. Daripada ko rejek, baik bagi kat aku. (^_*) Wahahaha
erkkkk....
Sori Encik Seekor Nyamuk, saya xbenci Encik seekor nyamuk. Yang saya benci ialah nyamuk-nyamuk halus kat rumah saya.
Post a Comment