Tuesday, April 14, 2009

Duit Aku Mempunyai Kepak Seperti Rama-Rama

Dompet aku kering pagi ni, langsung aku ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit dari akaun simpanan aku. Aku keluarkan RM 50.00. Rasanya duit ni cukup untuk belanja harian aku dalam masa 5 hari.

Pukul 3.00 petang, aku seluk poket belakang seluar aku untuk mengambil dompet. Arrrgghhh!! Aku kaget! Dalam dompat aku cuma tinggal RM 2.00. Ke mana perginya RM48.00?. Aku cuba refresh semula otak aku untuk mencari jawapan tersebut.

RM 10-Beli topup kredit untuk handset aku.
RM 10-Isi minyak kereta, Malam tadi adik sedara pakai kereta tapi tak isi minyak.
RM 6-Lunch nasi putih lauk sayur campur, ayam kurma, tauhu sumbat plus air milo ais.
RM 8-Singgah kedai CD beli DVD cetak rompak movie Yes Man
RM 4-Singgah kedai buku, beli Majalah KREKO latest isu.
RM 10-Ada kutipan sikit untuk beli hadiah member opis nak kahwin hujung minggu ni.

Jumlah keseluruhan RM 48.00.
RM 50.00 – RM 48.00 = RM 2.00
Memang betullah duit aku mempunyai kepak seperti rama-rama.. isk! isk!..

15 comments:

eMi mLi said...

2la, boros sangat! :p

Poyo said...

Emi,
nampaknye hujung tahun ni
xdapat la aku hantar rombongan
meminang ke rumah ko. Duit dalam bank asyik abis je.. Wowowowowo..!

eMi mLi said...

eh, aku tak pakai duit utk urusan meminang. Cuma jadi driver aku seumur hidup. SangguP? huahuahua

Poyo said...

Boleh je eMi,
ko nak suruh aku
jadi driver ni
nak bawak ko gi mana?
ke bulan? ke bintang?
planet Uranus?
(n_n)muahalalala..

Aman Wan said...

hahaha~
benda2 camni mmg dah biasa jadi.
sbb tu kalau aku xde duit, aku akan elak berjalan dpn kedai2 buku.. huhu,kalau x bukan duit aku berkepak jer, skali2 dgn dompet naik awan guling terbanggggg~!

Poyo said...

Aman,
oooo... Rupanya duit ko
sama keturunan dangan
Son Goku Dragon Ball
(^_^)wahahahaha

faizul darius said...

aku pun sama macam bro, 50 tu dah macam 5 ringgit. sekejap je boleh habis. dah tu plak duk bujang tak masak makan kat luar je, hurm...
pernah berseloroh dengan kawan nak jadi model seluar dalam ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha haduii

Poyo said...

Faizul,
kesian kamu Faizul, lepas ni kalau nak makan nasi, jemput la datang ke rumah aku. Jika kamu xmakan, mana kamu ada energy nak buat cat walk sambil memakai seluar dalam. Wahahahaha..

Irfan F-one-R said...

isy makan nak mewah jer.. order nasi kosong ngan telur goreng saje sudah la.. huhu..

Poyo said...

irfan,
time lunch tu telur goreng dah habis la.

eMi mLi said...

aku ni tak tentu la. Kdg kne g outstation ke Musytari, kdg ke Marikh :p

Poyo said...

Emi,
okey la tu pasal rumah aku pun dekat-dekat ngan area planet tu
(^_^)

i.am.belle said...

dulik le dgn duit itu. hahaha

aku suka tgk muka katun ko tu. comel!!! cubit pipi ko. hohoho

Poyo said...

Belle,
ko cubit pp aku ke..
sakitlah...
tapi sedap. wahahahaha..
(n_n)

meo188 said...

kegawatn ekonomi... huhuhuhuhu