Thursday, April 23, 2009

Ini Bukan Jemputan Kahwin

Memang betul, ini bukannya jemputan majlis perkahwinan, tetapi kami selaku penggiat komik dan kartun Tanah Air menjemput anda semua datang beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 pada 25April (sabtu) kerana pada hari itu akan berlangsungnya Konvensyen Pekomik dengan berbagai aktiviti seperti perbincangan, seminar dan persembahan berkaitan industri komik dan kartun negara.

Yang lebih hebat lagi, pada sebelah petang hari tersebut akan berlangsungnya Anugerah Pekomik 2009 iaitu majlis ala-ala anugerah skrin dan Grammy Award. Cuma yang ini khusus untuk penggiat komik. Mungkin kalau bernasib baik pada hari itu, kita akan menyaksikan pelukis komik melakukan adengan terpeluk teman wanita seperti yang dilakukan oleh Nabil pada Anugerah Bintang Popular yang lepas setelah nama mereka diumumkan sebagai pemenang. Wahahaha..

Lagi satu, tak perlulah korang bersusah payah mengundi aku untuk Anugerah Pekomik 2009 kerana aku tak tercalon pun. Marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah kepada mereka yang akan diumumkan sebagai pemenang pada hari tersebut. So bagi anda yang teringin sangat nak tengok secara live wajah-wajah sebenar pelukis komik kesayangan anda, hari itu merupakan hari terbaik untuk anda melaksanakan impian anda yang suci lagi murni itu. Kita jumpa di sana.. di sana... di sana...!

16 comments:

Aman Wan said...

ahh~!!
aku akan calonkan ko tahun depan!
x kira!

*1..2..3..4..5..6..)

Poyo said...

Aman,
Aku xnak jadi calon la tahun depan.
Tapi kalau jadi calon suami tu nak la aku. wahahahalalala..

Irfan F-one-R said...

ayat di atas nih amat gay.. wakakaka...

chumellah lukisan tuh.. cam doremon.. huhu.. serius amat comel..

Poyo said...

Irfan,
ko ni aku lukis kartun kerekter lelaki pun ko kata comel. Lain macam je ko ni.. Hooo.. Lagi teruk masalah GAY ko ni. Wahahahalalala,,

faizul darius said...

apa gay gay nih, gelilah, ahaks
acara karaoke takde ke? kalau ade best gak.

Poyo said...

Faizul, kalau yang ada karaoke, ada lagu-lagu tu namanya Anugerah Juara Lagu.. (^_^)

faizul darius said...

oooo, sabtu nih aku gi. ngan kawan aku, pompuan, leh ko kenal,

faizul darius said...

kartun bro kalau buat animasi mesti best, sebab comel. erm...

Poyo said...

Faizul,
Ohoo! mahu kenalkan aku pada bakal isteri ko.. (Ala Faizul, xpayah la berkias-kias fansuri dengan aku..)

Memang ada planing pasal animasi, tapi tak tahu bila impian tu akan terlaksana.. (^_^)

meo188 said...

next yer... afundi Kecemprengman!!!

Poyo said...

Meo 188,
tak nak cuba bikin komik dengan Komik-M? Cuba lah..

eMi mLi said...

ko nak peluk sapa lak? :p

Poyo said...

Emi, sila pastikan diri ko jauh 1 meter dari aku pada hari itu kerana kebarangkalian aku terpeluk ko amatlah terlalu tinggi. (^_^) Wahahahaha...

Kito said...

Ellow Encik Poyo?Saya ingin menjemput anda ke dunia penuh illusi yang dicipta oleh aku.Meh lah masuk ke dalam pintu portal ini sebelum ianya tertutup...

Poyo said...

En. kito,
InsyaAllah saya akan masuk,
kalau xboleh masuk ikut pintu,
saya akan masuk ikut tingkap..
(^_^)

Kalamtimur said...

mmg poyo ah, ding dong, hahahahaha