Thursday, April 30, 2009

Hari-Hari Yang Manis

Sudah 4 hari Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis yang kuat melekat-lekat di dalam hati aku yang kudus ini. Salah satu kenangan manisnya ialah aku tertaruk gula terlalu banyak dalam cawan berisi air kopi sewaktu jamuan makan setelah selesai Anugerah Pekomik pada 25April yang lepas. Huhuhu.. Memang terlalu manis sangat kopi yang aku minum itu.

Berjumpa kenalan-kenalan yang sebelum ini aku cuma lihat nama mereka sahaja di Blog mahupun Forum Pergh. Sesungguhnya mereka semua baik-baik orangnya. Alhamdulillah! Tiada seorang pun di kalangan mereka berketurunan alien, rata-rata mereka semua manusia biasa.

Tahun ini aku terlibat di dalam sesi booksigning Komik M di booth PTS. Sebelum ini aku memang terkenal dengan sifat pemalu yang amat apabila ada sesi-sesi macam ni. Lagi sekali Alhamdulillah, aku berjaya buang perasaan malu itu jauh-jauh. Mungkin Wanzu (editor Komik M) terkesima bila melihat aku melayan pengunjung-pengunjung dengan mesra yang melampau-lampau pada hari itu.

Lagi satu kenangan manis yang melucukan bila aku fikir-fikirkan balik. Ketika sesi booksigning berlangsung, aku telah di ngurat oleh seorang budak kecil. Dengan beraninya budak kecil itu mengajak aku keluar dating dengannya. Hahaha! Budak-budak zaman sekarang memang berani. Lastly aku kata padanya tunggu hingga dia berusia 17tahun baru datang semula berjumpa dengan aku. Tapi yang aku conform budak kecil ni bila besar nanti muka dia sure ala-ala Liyana Jasmey.

Sebenarnya ada satu lagi kenangan manis yang tercatit pada Pesta Buku kali ini. Tapi ia agak personal untuk aku tulis di sini. Jika aku tulis juga di sini, ia akan memgakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang amat dahsyat seperti diserang raksasa godjila. So biarlah aku sorang je yang tahu tentang kenangan manis itu. Hehehe..

9 comments:

i.am.belle said...

cantik rambut Poyo. berkilat.

pakai sunsilk kah?

xD



p/s: kenangan manis tu mesti kena mengena dgn 'wanita' kan.. kan. lalala

Poyo said...

Belle
Rambut kamu lagi cantik.
boleh jadi pelakon iklan shampo rambut juga shampo kereta.(^_^)Wahahaha..

p/s: jangan la ckp kuat2, nanti org lain tahu la. wahahahalalala..

Irfan F-one-R said...

kenangan manis..?? adekah kenangan terpijak tahi?? ataupun kenangan berjumpe aku dan aman?? hahahahak..

Aman Wan said...

hahaha, ok la tu. di ngurat oleh bdk kecik. aku sorg pon xde nak ngurat. cume katak je yg sudi dgn aku. (cam kenal je ayat ni..)

Poyo said...

Irfan,
Terjumpa ko dengan Aman tu masuk ketogeri kenangan memilukan. Huhuhu..

Aman,
Macam pernah ku dengar ayat tu, tapi di mana ya? Wahahahaha..

meo188 said...

hebatlah...

Pungguk said...

Ya biar kenangan manis itu di dalam sanubari saudara...Memang indah jika kita kenang kembali kenangan nan lalu...

pinkiss said...

budak kecik tu ajak u dating ke?

Poyo said...

meo 188
xde hebat sangat pun,
biasa-biasa je meo..

Pungguk
Ni yang buat aku rasa2 macam nak nyanyi lagu 'Kenangan Terindah" by Ungu ni.. Hehehe!

pinkiss
Serius Pinkiss, budak tu ajak aku dating, nasib baik dia xajak aku kawen. wahahalalala..