Thursday, April 30, 2009

Hari-Hari Yang Manis

Sudah 4 hari Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis yang kuat melekat-lekat di dalam hati aku yang kudus ini. Salah satu kenangan manisnya ialah aku tertaruk gula terlalu banyak dalam cawan berisi air kopi sewaktu jamuan makan setelah selesai Anugerah Pekomik pada 25April yang lepas. Huhuhu.. Memang terlalu manis sangat kopi yang aku minum itu.

Berjumpa kenalan-kenalan yang sebelum ini aku cuma lihat nama mereka sahaja di Blog mahupun Forum Pergh. Sesungguhnya mereka semua baik-baik orangnya. Alhamdulillah! Tiada seorang pun di kalangan mereka berketurunan alien, rata-rata mereka semua manusia biasa.

Tahun ini aku terlibat di dalam sesi booksigning Komik M di booth PTS. Sebelum ini aku memang terkenal dengan sifat pemalu yang amat apabila ada sesi-sesi macam ni. Lagi sekali Alhamdulillah, aku berjaya buang perasaan malu itu jauh-jauh. Mungkin Wanzu (editor Komik M) terkesima bila melihat aku melayan pengunjung-pengunjung dengan mesra yang melampau-lampau pada hari itu.

Lagi satu kenangan manis yang melucukan bila aku fikir-fikirkan balik. Ketika sesi booksigning berlangsung, aku telah di ngurat oleh seorang budak kecil. Dengan beraninya budak kecil itu mengajak aku keluar dating dengannya. Hahaha! Budak-budak zaman sekarang memang berani. Lastly aku kata padanya tunggu hingga dia berusia 17tahun baru datang semula berjumpa dengan aku. Tapi yang aku conform budak kecil ni bila besar nanti muka dia sure ala-ala Liyana Jasmey.

Sebenarnya ada satu lagi kenangan manis yang tercatit pada Pesta Buku kali ini. Tapi ia agak personal untuk aku tulis di sini. Jika aku tulis juga di sini, ia akan memgakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang amat dahsyat seperti diserang raksasa godjila. So biarlah aku sorang je yang tahu tentang kenangan manis itu. Hehehe..

Wednesday, April 29, 2009

Mari Berpantun Edisi Pesta Buku

Sungguh tinggi si pohon meranti,
tempat bergayut binatang-binatang dalam hutan,
Crowd yang datang petang tu punyalah ramai,
Dah macam tengok Final Piala FA antara Selangor vs Kelantan.

Pergi ke pasar membeli ikan bilis,
Terbeli pula si ikan keli,
Encik Wanzu dan Encik Vovin jadi pengacara majlis,
InsyaAllah tahun depan boleh jadi pengacara majlis lagi.

Anak pingu di luar pagar,
Bila berjalan terkedek-kedek,
Sekalung tahniah penghormatan buat Encik azhar,
Komik Liga Pendekar menang anugerah Komik Terbaik.

Budak-budak bermain kotak,
Lepas habis bermain, kotak-kotak semua kena lipat,
Mukanya bulat berkepala botak,
Cubalah teka kalau anda semua hebat.
Wahahaha...!!

Hari ini hari khamis,
Bukan hari selasa, kan dah kata tadi hari khamis,
Orangnya hensem bermisai nipis,
Rupanya Kartunis Umbut datang menyerikan majlis.
Ewah..!

Selamat datang ke Negeri Perak,
Kaya dengan buah durian dan tempoyak,
Korang semua jangan terperanjat beruk pulak,
Ni memang Syem finalist Program Raja Lawak.

Pergi ke Mc'donald bersama Cik Emi,
sampai di sana cuma nak oder aiskrim slupy,
Macam kenal je mamat kat atas ni,
Rupanya kartunis Tembakau yang feymes lukis komik kartini.

Pergi ke kedai persama Pak Muradz,
Dalam perjalanan terjumpa Encik Sopie,
Opening performance dari Band Nuradz,
Kasi tukar majlis anugerah jadi konsert Indie.

Anak monyet mencari kutu,
Mencari kutu di atas kepala Encik Muthu,
Hampir-hampir pecah perut kitorang gelak dalam dewan hari tu,
voice imitation & beatbox dari Syem memang gempak wa cakap lu!

Pergi ke Kuala Sepetang menaiki perahu,
Hajat di hati nak beli almari baju,
Imuda pun ada buat persembahan blues pada petang itu,
Mari kita ramai-ramai bikin ombak satu kali sama beliau.

He.. He.. He..

Hari terakhir Pesta buku (26April) memang best. Pelakon terkenal satu ketika dulu, Maizurah Hamzah bersama-anak-anaknya datang ke meja tempat aku dengan Wanzu buat book singnicher di booth PTS. Siap beli komik untuk anak dia lagi. Thank you la Kak Maizurah..

p/s : Thank to editor Komik M (Wanzu) coz' snap gambar ni guna camera handfon dia..

Thursday, April 23, 2009

Ini Bukan Jemputan Kahwin

Memang betul, ini bukannya jemputan majlis perkahwinan, tetapi kami selaku penggiat komik dan kartun Tanah Air menjemput anda semua datang beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 pada 25April (sabtu) kerana pada hari itu akan berlangsungnya Konvensyen Pekomik dengan berbagai aktiviti seperti perbincangan, seminar dan persembahan berkaitan industri komik dan kartun negara.

Yang lebih hebat lagi, pada sebelah petang hari tersebut akan berlangsungnya Anugerah Pekomik 2009 iaitu majlis ala-ala anugerah skrin dan Grammy Award. Cuma yang ini khusus untuk penggiat komik. Mungkin kalau bernasib baik pada hari itu, kita akan menyaksikan pelukis komik melakukan adengan terpeluk teman wanita seperti yang dilakukan oleh Nabil pada Anugerah Bintang Popular yang lepas setelah nama mereka diumumkan sebagai pemenang. Wahahaha..

Lagi satu, tak perlulah korang bersusah payah mengundi aku untuk Anugerah Pekomik 2009 kerana aku tak tercalon pun. Marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah kepada mereka yang akan diumumkan sebagai pemenang pada hari tersebut. So bagi anda yang teringin sangat nak tengok secara live wajah-wajah sebenar pelukis komik kesayangan anda, hari itu merupakan hari terbaik untuk anda melaksanakan impian anda yang suci lagi murni itu. Kita jumpa di sana.. di sana... di sana...!

Tuesday, April 21, 2009

Hidup Aku Cukup Bizy

Hidup aku cukup Bizy sejak kebelakangan ini. Kebizyan ini berlaku gara-gara membalas Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari seseorang. Rasanya kalau tak silap, hampir 50 SMS akan aku hantar kepada si dia dalam tempoh 1hari. Kalau 7hari, dah 350 SMS. Tu belum kira kalau sebulan. Cuba pulak kira setahun, sila ambil calkulator masing-masing sebab aku malas nak kirakan untuk korang.

Setiap kali ada SMS yang masuk ke inBox hand set aku, lagu kotak hati nyanyian band HUJAN yang aku telah setkan sebagai nada ring tone akan berkumandang. Sekarang ni pun hand set aku sedang berkumandang lagu tersebut. So terpaksa la aku tinggalkan korang buat sementara waktu. Aku janji esok aku akan up date blog ni dengan entri yang lebih mengancam lagi. Itupun kalau aku tak cukup bizy macam hari ini. Hehehe..

Monday, April 20, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Tarikh : 19April 2009 (Ahad)
Tempat kejadian : Booth PTS, PWTC Kuala Lumpur


Serius ramai yang datang. Disebabkan terlalu sesak di hadapan booth PTS, Pihak pengelola terpaksa meminta bantuan polis trafik untuk menjaga laluan di hadapan Booth PTS.

Rak buku komik M di booth PTS dibarisi 6 komik terbaru. Komik kecemprengMan #2 disusun di sebelah kiri tingkat 2 rak tersebut. KecemprengMan #1 tidak kelihatan sebab sudah habis dan akan diulang cetak selepas Pesta buku nanti.

Lupa nak tanya budak-budak ni dari sekolah agama area mana. Berani sungguh diorang mengambil komik KecemprengMan #2 dari rak walaupun ustad mereka berkali-kali menegah mereka dari melakukan perbuatan tersebut. Hohoho..

Mr. Editor Komik M, Wanzu cuba bermuka manis kepada para pengunjung yang datang ke booth PTS. Aku terdengar ada dua tiga orang budak perempuan sekolah rendah darjah 2 berbisik-bisik sesama mereka " Hensem kan abang tu", bisik salah seorang daripada mereka.

Aviltone membelek-belek komik beliau sendiri walaupun sebelum ini sudah 348 kali beliau membaca komik tersebut.

Sesi Sain autograf, Wanzu berposing maut sambil memegang mikrofon disamping Norazmi (LiliLuluLala), Aviltone (Hibrid) dan Reja (Shooth!) sedang berusaha gigih melayan para pengunjung yang dahagakan sain autograf mereka. Wahahaha..! Aku tak dapat nak join sesi ni becoz' .... aku ni pemalu sikit orangnya. Hehehehe..

Norazmi dan Aviltone bermuka sedikit simpati sambil menunjukkan komik masing-masing. Komik mereka berdua mendapat sambutan hangat.

Signage yang mengabungkan semua watak-watak komik M. Watak KecemprengMan begitu menyerlah sekali. wahahaha..

Aku dapat servenior dari Editor Komik OKA. Editornya sungguh kiut dan gorjes. Aku rasa macam terjatuh cinta padanya. Wahahaha..! Kepada Editor komik OKA edisi Bahasa Malaysia (you know who you are), thank a lot bebeh! Aku dah gantung kat bag aku servenior tu.. Smart beb!

Sunday, April 19, 2009

Pengumuman Khas

Saya mewakili penyimpan mohor-mohor besar dengan ini mengistiharkan bahawa komik Kecempreng Man #2 telah siap sedia dijual di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009) bertempat di PWTC, Kuala Lumpur bermula 17april hingga 26april 2009. Jadi silalah datang, buatlah macam rumah sendiri. Kepada anda yang mempunyai masalah penafasan seperti lubang hidung terlalu kecing, salur pernafasan mudah tersumbat dan kulit paru-paru yang nipis, sila bawa alat bantuan penafasan anda mahupun tangki oksigen kerana serius cakap la.. umat manusia terlalu ramai di Pesta buku kali ini. Huhu..

Thursday, April 16, 2009

Special Projek!

Kali terakhir aku berjumpa dengan Mr. Editor Komik-M (Wanzu), beliau menyuarakan satu idea untuk mereleasekan sebuah komik yang menggabungkan beberapa pelukis komik dimana setiap komiknya bertema tentang sambutan hari raya. Aku rasa idea ni cool.. So aku dah mula menyiapkan komik tersebut. Di atas merupakan first page bagi komik yang sedang aku usahakan itu. Ceritanya berkaitan tentang makhluk asing yang cuba menakhluk bumi di malam raya.

Wednesday, April 15, 2009

I'm In Blues..

Rasa tak sia-sia aku bangun pukul 2 pagi ni semata-mata nak tengok Quarter-finals antara Chelsea vs Liverpool. Chelsea menang dengan agreget 7-5. Gol dari Drogba 51, Alex 57, Lampard 76, 89 sudah cukup membawa Chelsea ke Semi-Final UEFA Champions League. So sempena kemenangan Chelsea ini, aku ingin mengistiharkan hari ini korang semua boleh cuti satu hari dengan cara korang pergi klinik mintak cuti MC kat doktor. Tu pun kalau dapat la.. (^_^) Wahahaha..

Tuesday, April 14, 2009

Duit Aku Mempunyai Kepak Seperti Rama-Rama

Dompet aku kering pagi ni, langsung aku ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit dari akaun simpanan aku. Aku keluarkan RM 50.00. Rasanya duit ni cukup untuk belanja harian aku dalam masa 5 hari.

Pukul 3.00 petang, aku seluk poket belakang seluar aku untuk mengambil dompet. Arrrgghhh!! Aku kaget! Dalam dompat aku cuma tinggal RM 2.00. Ke mana perginya RM48.00?. Aku cuba refresh semula otak aku untuk mencari jawapan tersebut.

RM 10-Beli topup kredit untuk handset aku.
RM 10-Isi minyak kereta, Malam tadi adik sedara pakai kereta tapi tak isi minyak.
RM 6-Lunch nasi putih lauk sayur campur, ayam kurma, tauhu sumbat plus air milo ais.
RM 8-Singgah kedai CD beli DVD cetak rompak movie Yes Man
RM 4-Singgah kedai buku, beli Majalah KREKO latest isu.
RM 10-Ada kutipan sikit untuk beli hadiah member opis nak kahwin hujung minggu ni.

Jumlah keseluruhan RM 48.00.
RM 50.00 – RM 48.00 = RM 2.00
Memang betullah duit aku mempunyai kepak seperti rama-rama.. isk! isk!..

Aku Keboringan

Rasanya tahap index keboringan aku semalam mencatatkan kedudukan paling tinggi. Dari pagi matahari terbit sampai bulan timbul fikiran aku kosong. Jiwa aku rasa kacau. Bagi meredakan serangan virus keboringan itu, aku cuba membuat sesuatu yang lebih berfaedah. Layan jadi kanak-kanak sekejap. So aku lukis kerektor OKA. Semalaman je aku jadi kanak-kanak. Hari ini aku dah kembali dewasa semula.



Friday, April 10, 2009

Tragedi Solat Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Dah conform la aku yang sememangnya dah baligh ni kena menunaikan solat jumaat. Seperti jumaat-jumaat yang lepas, aku akan menunaikan solat jumaat di Masjid Negeri Shah Alam. Alhamdulillah, ramai betul jemaah hari ini. Setelah selesai solat, macam biasa la aku kena balik ke opis semula. Kena kerja ma..!

“Oh! Damn.. mana pulak selipar aku ni.?” Bisik hatiku dengan nada cemas bila mendapati selipar yang aku letak tepi tiang tak kelihatan di mata. Badan aku yang berkulit sawa matang ni pelahan-lahan mula bertukar ke warna hijau Incredible Hulk. Ciss!! malaun mana yang sudah rembat selipar aku ni. Takkan aku nak berkaki ayam je balik opis. Dalam suasana tegang dan kritikal bila semakin ramai jemaah berpusu-pusu meninggalkan perkarangan masjid, aku dengan selamba je sarung selipar yang paling dekat dengan aku dan terus jalan meninggalkan masjid tanpa toleh-toleh ke belakang. Dalam hati aku berdoa sambil mintak ampun pada tuan punya selipar yang aku rembat ni. Aku tahu perbuatan aku ni dikira mencuri, tapi aku terpaksa sebab aku pun mangsa kecurian gak.

Kes selipar kena curi ni bukan pertama kali berlaku pada aku. Rasanya ini kali yang ke 4. Aku akan pastikan Jumaat akan datang aku nak mangga je selipar aku macam dalam gambar kat bawah ni. Lepas ni mesti pencurik selipar tu fikir dua tiga kali sebelum nak curi selipar aku. Huh!


Thursday, April 9, 2009

Gambar Siti Nurhaliza Waktu Kecik-Kecik

Kalau korang nak tau, ni la gambar Siti Nurhaliza masa dia kecik-kecik dulu. Kiut kan.. Tengok pipi dia tu, gebu and gorjes.. Wahahahaha..! Aku nasihatkan korang jangan la percaya stetment kat atas. Ni gambar aku masa kecik-kecik dulu. Arwah emak siap pakaikan skirt lagi gitu!! Ramai jugak budak lelaki yang terjatuh cinta kat aku bila aku pakai skirt ni. Tapi aku tolak cinta diorang dengan memberi alasan yang aku sudah berpunya.. Hahahaha! Poyo betul.

Best gak layan gambar-gambar lama sambil ditemani lagu Barry Manilow- i can't smile without you. Hehehehe..

Wednesday, April 8, 2009

Aku Demam


Berita buruk buat aku. Sistem daya tahan sakit dalam badan aku tak berfungsi dengan baik. Maka aku diserang demam panas. 2 hari aku telan panadol dengan harapan agar demam beransur pulih namun sia-sia je perbuatan aku itu. Terpaksa la jugak aku hayun kaki ke klinik berdekatan dengan kawasan kuaters tempat tinggal aku.

Tak sampai 15minit, nama aku dipanggil untuk berjumpa doktor. Ingatkan aku akan dilayan oleh doktor yang cantik umpama Nasha Aziz mahupun Rossa. Harapan aku berkecai bila melihat rupa doktor tu saling tak tumpah cam juri tetap pertandingan Raja Lawak iaitu En. Zaibo. Makin bertambah sakit demam aku. Bila aku duduk je, doktor tu bertanya... "apa sakit?". Hek eleh! doktor ni, kalau aku tahu la aku sakit apa, mungkin dah 18 buah klinik aku bukak kat Semenanjung Malaysia ni. Tak payah aku datang klinik kau.
"Semuanya RM 36.50 sen" Kata amoi yang jaga kaunter ambil ubat kat klinik tu pada aku. Sampai je kat rumah, aku rasa dah tak demam dah. Mungkin demam aku terus baik bila dengar harga ubat yang cekik darah tadi. Yang demam sekarang mungkin poket seluar aku rasanya.. Damn sungguh!!.

Friday, April 3, 2009

Life Aku Cukup Ringkas Hari Ini

Entri kali ni aku nak cerita secara ringkas je.
Aku baru lepas settlekan cover kulit belakang KecemprengMan 2.
Mr. Editor (Wan Zu) kata InsyaAllah sempat
keluar before Pesta Buku 2009 di PWTC.
Sebelum aku lukis cover kulit belakang Kecempreng Man 2 tadi,
aku layan movie ni. Aku suka En. Dwayne Johnson A.K.A The Rock. Dia totaly kelakar dalam filem ni. Tak percaya, korang tengok la sendiri.

Antara movie yang aku tunggu-tunggu tahun 2009.
Penantian aku akan berakhir hujung bulan ni.
Ada sesapa nak temankan aku tengok movie ni tak?
Aku rasa korang mesti kenal lambang kat atas ni.
Lambat lagi tayangan dia, maybe bulan Julai or Ogos.
Dah layan trailer movie Transformers : Revenge of the Fallen.
Serius cakap, memang dahsyat siot!

Wednesday, April 1, 2009

Puaka Nyang Rapik

"Betul dik, akak nampak masa akak nak balik kerja malam semalam" kata Kak Memon yang merangkap cleaner kat opis bangunan tempat aku bekerja. Heboh satu bangunan bercerita pasal ni. Malah dah ramai sangat yang terserempak wanita berambut panjang berbaju putih kat dalam lift. Dengar cerita lagi, ada budak sekuriti yang sift malam sampai kena demam kuning sekali pakej dengan penyakit kurang air dalam badan gara-gara di sapa dengan manja oleh makhluk berambut panjang itu.

Semua budak perempuan termasuk yang masih dara dan tak dara (dah berkahwin) kat opis aku tak berani nak balik lewat lagi. Pukul 5 petang je, semua da beratur depan mesin punch kad. Naik lift pun berkumpulan, dah takde yang berani naik lift sorang-sorang. Aku pun terkena gak tempiasnya dalam hal ini. Walaupun nampak macho, kacak, tampan dan gagah, aku tetap berdoa jangan la aku ditemukan dengan makhluk berambut panjang itu. Cukup la time sekolah menengah dulu aku pernah jumpa sekali masa join kem bina insan kat Ampang Pecah.

Back 2 Business

Hehehe.. Korang jangan terperanjat ala-ala Ahmad Nisfu, rasa hairan mahupun terkasima apabila membaca entri ini. Bercanggah dengan kenyataan yang dibuat pada 4 hari yang lepas iaitu makluman bahawa blog ini tidak akan di up-date untuk satu jangka masa yang panjang. Anyway, i'm back now!

Please jangan tanya kenapa begitu, kenapa begini?? Juga please jangan anggap ni semua gurauan April Fool aku nak kenakan korang kerana aku memang takde niat nak April Fool korang. Korang anggap saja Makhluk Asing yang menculik aku untuk menjalani beberapa eksperimen 4 hari yang lepas, telah menghantar aku pulang ke bumi semula. Aku gembira dapat bersama korang semula.. So kita tengok benda gembira apa yang boleh kita kongsi bersama. Time to Rokin Bebeh! v(^_^)v