Wednesday, April 8, 2009

Aku Demam


Berita buruk buat aku. Sistem daya tahan sakit dalam badan aku tak berfungsi dengan baik. Maka aku diserang demam panas. 2 hari aku telan panadol dengan harapan agar demam beransur pulih namun sia-sia je perbuatan aku itu. Terpaksa la jugak aku hayun kaki ke klinik berdekatan dengan kawasan kuaters tempat tinggal aku.

Tak sampai 15minit, nama aku dipanggil untuk berjumpa doktor. Ingatkan aku akan dilayan oleh doktor yang cantik umpama Nasha Aziz mahupun Rossa. Harapan aku berkecai bila melihat rupa doktor tu saling tak tumpah cam juri tetap pertandingan Raja Lawak iaitu En. Zaibo. Makin bertambah sakit demam aku. Bila aku duduk je, doktor tu bertanya... "apa sakit?". Hek eleh! doktor ni, kalau aku tahu la aku sakit apa, mungkin dah 18 buah klinik aku bukak kat Semenanjung Malaysia ni. Tak payah aku datang klinik kau.
"Semuanya RM 36.50 sen" Kata amoi yang jaga kaunter ambil ubat kat klinik tu pada aku. Sampai je kat rumah, aku rasa dah tak demam dah. Mungkin demam aku terus baik bila dengar harga ubat yang cekik darah tadi. Yang demam sekarang mungkin poket seluar aku rasanya.. Damn sungguh!!.

7 comments:

Fazl said...

Ala...ciannya. Patut la senyap je. :D

Irfan F-one-R said...

hehe.. comelnyer lukisan tuh..

mesti dah tak demam lepas dgr sore amoi tuh.. takpun terpukau ngan paler botak enche doktor.. wakaka..

Shamsudin said...

eheheh sangt best blog ini lucu anyway salam perkenalan..................silalh berkunjung ke tertatak saya...http://conteng2kehidupan.blogspot.com

alifstyle said...

La... kenapa kau tak suruh doktor zaibo itu buat lawak depan kau? Kalau kau minta dia buat macam itu, sure demam kau baik. :)

Poyo said...

Duhai Emi,
sian tu sian la jugak, tapi..
kalau datang melawat aku yg terlantar sakit ni, bawakla sekali buah anggur ke, buah epal ke, stobery ke..

Incik Irfan,
Boleh tahan gak amoi tu, ada cam pelakon drama korea selatan aku tengok muka dia.(n_n)

Kekanda Shamsuddin,
Nanti bila hamba sudah sihat seadanya, akan hamba datang ke teratak indah kekanda.

Yang Berhormat Alif,
Terima kasih YB sebab sudi melawat saya yang sakit ini. Saya berjanji akan mengundi YB nanti. Lagipun YB xterlibat dengan politik wang. Tu yg buat saya suka kat YB ni.

faizul darius said...

yo bro poyo yo,

jumpa doktor muka cam zaibo bertambah demam ye... ahak ahak

Poyo said...

Tu la pasal, aku lupa nak tanya kat doktor tu betul tak dia ni sedara ngan Zaibo..