Wednesday, April 29, 2009

Mari Berpantun Edisi Pesta Buku

Sungguh tinggi si pohon meranti,
tempat bergayut binatang-binatang dalam hutan,
Crowd yang datang petang tu punyalah ramai,
Dah macam tengok Final Piala FA antara Selangor vs Kelantan.

Pergi ke pasar membeli ikan bilis,
Terbeli pula si ikan keli,
Encik Wanzu dan Encik Vovin jadi pengacara majlis,
InsyaAllah tahun depan boleh jadi pengacara majlis lagi.

Anak pingu di luar pagar,
Bila berjalan terkedek-kedek,
Sekalung tahniah penghormatan buat Encik azhar,
Komik Liga Pendekar menang anugerah Komik Terbaik.

Budak-budak bermain kotak,
Lepas habis bermain, kotak-kotak semua kena lipat,
Mukanya bulat berkepala botak,
Cubalah teka kalau anda semua hebat.
Wahahaha...!!

Hari ini hari khamis,
Bukan hari selasa, kan dah kata tadi hari khamis,
Orangnya hensem bermisai nipis,
Rupanya Kartunis Umbut datang menyerikan majlis.
Ewah..!

Selamat datang ke Negeri Perak,
Kaya dengan buah durian dan tempoyak,
Korang semua jangan terperanjat beruk pulak,
Ni memang Syem finalist Program Raja Lawak.

Pergi ke Mc'donald bersama Cik Emi,
sampai di sana cuma nak oder aiskrim slupy,
Macam kenal je mamat kat atas ni,
Rupanya kartunis Tembakau yang feymes lukis komik kartini.

Pergi ke kedai persama Pak Muradz,
Dalam perjalanan terjumpa Encik Sopie,
Opening performance dari Band Nuradz,
Kasi tukar majlis anugerah jadi konsert Indie.

Anak monyet mencari kutu,
Mencari kutu di atas kepala Encik Muthu,
Hampir-hampir pecah perut kitorang gelak dalam dewan hari tu,
voice imitation & beatbox dari Syem memang gempak wa cakap lu!

Pergi ke Kuala Sepetang menaiki perahu,
Hajat di hati nak beli almari baju,
Imuda pun ada buat persembahan blues pada petang itu,
Mari kita ramai-ramai bikin ombak satu kali sama beliau.

8 comments:

Fazl said...

napa gambar Oka takde? Ko diskriminasi!

Poyo said...

Emi,
Bukannya aku xnak ambik gamba OKA tp Editor Majalah OKA tu asyik jeling2 je kat aku masa nak ambik gambar.. seram aku melihatnya. wahahaha...!!

Aman Wan said...

oh?? oh?? Emi ke yg bertudung putih jaga counter Oka ritu??

Irfan F-one-R said...

pegi kedai nak beli ikan bilis tapi tersilap beli ikan keli.. bukan ke jauh bezanyer tuh??

hahahak..

Poyo said...

Aman,
yea.. betul. Sepuluh markah untuk kamu.. (^_^)

Irfan,
Aku memang tak reti berpantun sangat, Kalau eMi memang terer la berpantun pasal mak dia guru matapelajaran Bahasa Malaysia. Hehehe..

azhar said...

sekali jeling macam Khir Toyo,
10kali jeling Poyo memenang terer,
memang kelakar pantun abe Poyo,
patutlah kecemprengman karya bestseller.

Poyo said...

Sungguh tinggi si pokok meranti,
Bemulut manis betul la abe azhar ni..

(^_^) Wahahalalala

azhar said...

ameeenn...

harap2 gitu la...memang menjadi karya best sellar selama 50 tahun...