Friday, April 10, 2009

Tragedi Solat Jumaat

Hari ini hari Jumaat. Dah conform la aku yang sememangnya dah baligh ni kena menunaikan solat jumaat. Seperti jumaat-jumaat yang lepas, aku akan menunaikan solat jumaat di Masjid Negeri Shah Alam. Alhamdulillah, ramai betul jemaah hari ini. Setelah selesai solat, macam biasa la aku kena balik ke opis semula. Kena kerja ma..!

“Oh! Damn.. mana pulak selipar aku ni.?” Bisik hatiku dengan nada cemas bila mendapati selipar yang aku letak tepi tiang tak kelihatan di mata. Badan aku yang berkulit sawa matang ni pelahan-lahan mula bertukar ke warna hijau Incredible Hulk. Ciss!! malaun mana yang sudah rembat selipar aku ni. Takkan aku nak berkaki ayam je balik opis. Dalam suasana tegang dan kritikal bila semakin ramai jemaah berpusu-pusu meninggalkan perkarangan masjid, aku dengan selamba je sarung selipar yang paling dekat dengan aku dan terus jalan meninggalkan masjid tanpa toleh-toleh ke belakang. Dalam hati aku berdoa sambil mintak ampun pada tuan punya selipar yang aku rembat ni. Aku tahu perbuatan aku ni dikira mencuri, tapi aku terpaksa sebab aku pun mangsa kecurian gak.

Kes selipar kena curi ni bukan pertama kali berlaku pada aku. Rasanya ini kali yang ke 4. Aku akan pastikan Jumaat akan datang aku nak mangga je selipar aku macam dalam gambar kat bawah ni. Lepas ni mesti pencurik selipar tu fikir dua tiga kali sebelum nak curi selipar aku. Huh!


11 comments:

Irfan F-one-R said...

woiii...~!! selipar aku tuu~!! patut ar lepas semayang tadi aku perasan selipar aku dah takder.. ceeytt...

dan akhirnyer aku balik ngan satu selipar yg saiz nyer agak besar juge.. hehehehe...

Poyo said...

Irfan,
kita tunggu, jap lagi mesti tuan punya selipar besar yg ko rembat tadi akan membuat komen d sini. siap la ko jap lagi. warhahaha!!. (^_^)

Shamsudin said...

kurang asam.......encik ropanya yang mencurik selipar saya tuh...cesss......saya haramkan kaki encik yang memakai selipar itu...mahal tau tak saya beli..main rembat aje encik yah...taulah awak mangsa curik tapi jangn sampai orang lainpun jadi mangsa..cess....

maaf di atas sekadar lakonan,....eheheh kesian encik poyo..anyway sebenarnya nak minta kebenaran drpada encik poyo sebab kalau boleh saya nak redesign balik watak kecemprengman tuh boleh? saya nak lukis dia dengan stail saya sendiri.....boleh tak?

Aman Wan said...

mangsa yang kemudian jadi pemangsa. hehehe~

selambe kodok saja dikau ya~

Poyo said...

Shamsudin,
No hal la.. Ko wat la pape yang ko suke kat KecemprengMan tu selagi ia xmenyalahi dari sisi Agama dan undang-undang. I always standing behind u..

Aman,
Please jgn report sama polis,
aku cuma jadi mangsa keadaan..

pinkiss said...

kadang2 tak paham kenapa kat tempat beribadat pun nak mencuri.c

Poyo said...

pinkiss
Masa bertugas kat masjid negeri dulu pernah aku tangkap org sedang curi duit tabung masjid.. Hati kering tul la pencurik tu..

faizul darius said...

inilah realitinya...

azman said...

zaman aku belajar dulu, kalo nk elak selipar kena curik, letak sebelah pintu depan, sebelah lagi pintu tepi..

Poyo said...

Azman,
Untuk masa depan pula, maybe ada Saintis yg akan mencipta selipar yang ada alarm macam kereta. Bila ada orang curi je, selipar tu akan berbunyi.. wahahahalalala

Meooo Comicore Club said...

klakar... huhuhuhuhu

putus saluran otak sye tergelak2...